Halaman

Sabtu, November 20, 2010

Pemilihan PKR Ada Undi POS???

Assalamaualaikum dan Salam 1Malaysia.

Perkembangan terbaru dalam kemelut pemilihan PKR hari ini mendedahkan wujudnya undi pos. Nampak gayanya, Jawatankuasa Pemilihan parti tersebut semakin hari semakin banyak menimbulkan kontroversi.

Dilaporkan bahawa setiap bantahan yang dikemukakan ahli dari Cabang seluruh Negara terpaksa membayar sebanyak RM50 untuk setiap protes yang dibuat.

JPP juga dikatakan telah melaksanakan satu sistem baru yang tidak pernah didengar sebelum ini iaitu Undi Pos. Undi Pos ini dikenakan terhadap para petugas JPP bermula sejak semalam.

Jika sebelum ini, mereka beria - ia benar membantah dan mengkritik perlaksanaan Undi Pos dalam Pilihanraya yang dilaksanakan oleh pihak SPR. Tetapi sebaliknya, mereka sendiri mengaplikasikan kaedah itu dalam pemilihan parti mereka sendiri.

Umpama meludah ke langit, kena ke muka sendiri. Kenapa sebelum ini mereka tidak mengistiharkan kaedah ini dan hanya baru sekarang baru didengar mengenai perlaksanaannya?

Pemilihan parti itu bukan baru bermula, tetapi sudah hampir sebulan berlalu dan sudah semakin tamat pun. Adakah ianya satu lagi kaedah untuk memenangkan calon tertentu?

Tahniah kepada JPP kerana turut memburukkan lagi keadaan yang sedia melanda PKR hari ini. Teruskan usaha murni ini dalam merosakkan lagi PKR dan mendedahkan kepincangan parti tersebut agar rakyat dapat membuka mata serta menilainya. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Sumber Klik sini dan sini.

1 ulasan:

  1. apa punya turrr daaaa..mana ade pemilihan pemimpin parti dibuaty melalui undi pos?????anwar apa cerita ni..engkau tibai habis undi pos??lani hang jugak dok buat undi pos...porahhhhhh

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.