Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Chegubard Si Penipu Kecil mendakwa wujudnya campur tangan dalam pemilihan PKR.
Laporan kepincangan pemilihan PKR itu antaranya mendakwa terdapat campur tangan serius Anwar Ibrahim.
Menurut laporan yang disediakan oleh si Penipu Kecil itu turut menlaporkan bahawa Anwar 'mengarahkan' Ketua Cabang Kota Marudu agar meberikan sokongan dan menolak calon tertentu.
Dicabang tersebut, katanya mereka mengambil sukarelawan JPP dikalangan AJK Cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung.
Turut dilaporkan wujudnya usaha jahat dengan menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnah. Tidak ketinggalan aktivitimembeli undi dengan harga RM30 bagi setiap undi.
Lihatlah amalan 'Demokrasi' yang diimplimentasikan oleh Anwar. Inilah gambaran jelas mengenai individu yang mendakwa dirinya 'sama' dengan Suu Kyi, Pejuang Demokrasi Myanmar itu.
Maka, persoalan yang perlu dijawab oleh Chegubard bukan sama ada laporan itu benar atau tidak. Tetapi sebaliknya beliau perlu menjelaskan pendirian beliau mengenai Ketua Umum partinya.
Adakah beliau bersetuju bahawa Anwar sebenarnya tidak memperjuangkan demokrasi dan keadilan demi rakyat dengan tindakan seperti ini? Mampukah beliau menyatakannya secara terbuka? Atau beliau hanya mampu 'pukul anak, sindir menantu' sahaja? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.