Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Zaid Ibrahim sah sudah keluar dari PKR hari ini. Jadi, beliau tidak perlu lagi menunggu sehingga 16 Disember.
Beliau sebelum ini telah dicalonkan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pusat malah beliau layak bertanding bagi jawatan tersebut.
Sewaktu awal pemilihan, beliau mendahului dalam senarai undian untuk jawatan itu. Kemudian beliau dipintas oleh Azmin Ali sampai 'berkampung'. Mungkin atas sebab itu juga beliau mula mempersoalkan 'ketelusan' pemilihan PKR dan 'kejujuran' JPP.
Akibat kelantangan beliau mempersoalkan perkara ini dan kegagalan JPP serta pimpinan PKR menjawabnya, maka beliau bertindak berundur seterusnya keluar dari parti tersebut.
Cuma yang menjadi persoalan bagi Semut hingga hari ini ialah pendirian mereka yang mencalonkan Zaid sebelum ini. Kenapa mereka tidak mengikut jejak langkah Zaid? Yang mengundi beliau itu tidak pula mengumumkan keluar parti.
Jadi, adakah mereka yang telah mencalonkan dan mengundi Zaid itu tidak ada sikap setiakawan? Atau mereka hanya 'wayang' mencadangkan nama Zaid semata - mata untuk menyingkirkan beliau dari PKR? Wallahualam.
Fikir -fikirkan lah.
PADAN MUKA DEPA. DAH KENALAH TU, SIPENYAMUN JUAL SIPENYANGAK! DIALOG P.RAMLEE DLM FILEM 3 ABDUL
BalasPadam