Halaman

Sabtu, November 13, 2010

Si Anak Kecil Benci Ayah Sendiri


...Cakap Tak Serupa Bikin...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dalam Rapat Umum Anak Muda yang dianjurkan oleh Chegu Bard di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur baru-baru ini. YB Nurul Izzah berkata "Saya bukan benci Azmin, saya bukan benci Zaid, saya bukan benci Mustaffa, saya bukan benci Pak Lah, saya bukan benci Mahathir tetapi saya benci dengan PENIPUAN."

Diatas adalah diantara isi ucapan dan pendirian si Anak Kecil mengenai kemelut yang sedang melanda PKR ketika ini.

Secara tidak lansung, si Anak Kecil ini turut menyatakan bahawa beliau juga turut membenci ayahnya sendiri kerana mempunyai hobi suka menipu. Malah panggilan ayahnya ketika ini juga adalah sebagai Ketua Penipu Rakyat.

Mana tidaknya. Bukankah ayah beliau sendiri yang menipuseluruh rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya mengenai isu 16 September? Atau adakah si Anak Kecil ini sudah lupa mengenai isu tersebut?

Ayahnya juga telah menipu rakan seangkatannya sendiri dengan menyatakan bahawa ada 40 orang ahli Parlimen BN akan melompat parti menjelag 16 September tahun lepas. Diantaranya, Yong Teck Lee, Datuk Zahrain Hashim, Zulkifli Noordin dan ramai lagi.

Malah si Ketua Penipu itu juga turut menipu pengikut - pengikut HINDRAF dengan janji - janji palsunya sehingga sanggup membiarkan mereka diperbodohkan dihadapan rumahnya sendiri. Adakah si Anak Kecil ini sedar bahawa dengan kenyataan itu beliau turut membenci ayahnya sendiri?

Yang Semut pelik, si Anak Kecil ini turut serta dalam program seorang yang jelas terbukti penipuannya. Jadi, bagaimana sifat penipuan yang dibenci oleh si Anak Kecil ini? Atau beliau sekadar beromong kosong dengan menyatakan pendirian bahawa beliau bencikan penipuan? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.