Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Salah satu kelayakan yang perlu ada untuk jadi Ketua AMK dalam pemilihan PKR tahun ini ialah pandai menipu. Namun, malang bagi salah seorang calonnya yang dikenali sebagai Chegu Bard.
Penipuan beliau jelas ter'kantoi' kerana bagi maklumat yang salah. Maka wajar bagi beliau mencari sumber baru dan menggantikan pemberi maklumat sedia ada.
Dalam Malaysian Instinct mendedahkan, dakwaan terbaru Chegu Bard ternyata meleset sama sekali. Menurut Chegu Bard, individu bernama Datuk Zakiah yang dikatakannya memiliki kekayaan luar biasa sebanyak RM200juta.
Datuk Zakiah dikatakan oleh Chegu Bard sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri. Sedangkan maklumat yang sebenarnya, Setiausaha Sulit Kanan PM adalah En. Mohd Ammir Harun. Datuk Zakiah hanyalah seorang Setiausaha Sulit di Kementerian Kewangan.
Mungkin sumber Chegu Bard tidak kenal diantara Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF). Jadi sebab itu maklumat yang diberikan itu tidak benar sama sekali.
Banyak lagi ke'kantoi'an yang di buat oleh Chegu Bard ini dalam Malaysian Instinct. Pesanan Semut buat Chegu Bard. Kalau ye pun nak menipu, bahan dan fakta biarlah betul. Jangan main 'hentam kromo' sahaja.
Namun yang jelasnya, semua pemimpin kalau datang dari PKR memang tidak ada kerja lain. Menipu sahaja yang mereka tahu. Biarpun bahan yang diperolehi itu salah, tetapi tetap juga mahu digunakan untuk menipu rakyat.
Siapa yang hendak ditipunya? Sudah tentu rakyat. Tetapi bukankah mereka juga yang kata rakyat sekarang sudah bijak? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Banyak lagi yang perlu dipelajari oleh Chegubard dengan Anwar ni. Kena luangkan 'satu malam' dulu kot. Hehehe...
Atau mereka akan kata: Saya ada bukti. Saya akan dedahkan minggu depan. Tunggu..
BalasPadamSudah harammmmm. Sampai orang yang tunggu pun jadi terlupa.
Sedikit kursus untuk cikgu Bard supaya boleh naik taraf pensyarah.
Jika hendak menipu dapatkan dulu fakta yang betul. Menipu adalah menidakkan kebenaran. Jadi dapatkan kebenaran dulu kemudian baru fikir untuk pusing.
Apa yang Cikgu buat tu di panggil menyebar khabar khabar angin. Ini cara menipu orang tak sekolah tinggi. Anwar suka buat macam ni...
Tau fakta tak betul, biar orang kata bodoh pun tak pa. Asal dapat memfitnah.