Halaman

Selasa, November 30, 2010

Tahniah Sebab Merugikan Negara

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Tahniah Semut ucapkan kepada Menteri Besar Selangor yang turut bertanggungjawab merugikan Kerajaan Malaysia.

Sudahlah tidak ada pembangunan yang dijalankan di Selangor, malah mereka kini perlu dipersalahkan kerana turut terlibat merugikan Negara.

Menurut kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kerajaan serta beberapa pihak lain bakal menanggung kerugian sekiranya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) tidak dapat diselesaikan sehingga hujung tahun ini.

Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, keengganan Kerajaan Negeri Selangor memberikan persetujuan terhadap pengambilan tanah, permit masuk kawasan rizab dan pengeluaran Arahan Pembangunan akan menambahkan kos tanggungan pembinaan yang sepatutnya bermula Ogos lalu.

Beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pahang yang telah memberikan kerjasama untuk menyalurkan air kepada rakyat Negeri Selangor turut terpaksa menanggung kerugian berikutkan kelewatan tersebut.


Jadi, kalau selepas ini masih ada mana - mana pihak pembangkang yang nak menyalahkan Kerajaan kerana membuat defisit dalam Kerajaan, mereka perlu turut menyalahkan Menteri Besar Selangor itu.

Yang jelasnya, Menteri Besar Selangor itu turut merugikan duit rakyat sepertimana dakwaan beliau dan pemimpin lain dalam pembangkang.

Jangan asyik tengok rumah orang, sedangkan rumah sendiri pun tak tahu nak perbaiki. Makin bertambah gagaplah si Khalid Ibrahim tu nanti nak menjawab kepada rakyatnya. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

  1. Biasalah. Contoh terbaik Al Jub mau Malaysia terima bantuan IMF.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.