Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam banyak - banyak hari setahun, biarlah hari ini Semut mulakan dengan berita yang lebih positif agar semua orang bersemangat sikit nak buat kerja.
Semalam bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meramalkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan menang dengan majoriti lebih baik dalam Pilihanraya akan datang.
Pandangan yang mungkin agak skeptikal itu dinyatakan kerana kerajaan kini masih kuat dan munkin 'margin' kemenangan adalah sesuatu yang baik.
Tun Dr. Mahathir menyatakan demikian selepas menyampaikan ucaptama yang bertajuk 'Lanskap Politik Malaysia - Pengalaman, Perspektif dan Pemikiran' dalam sesi Dialog Forum Malaysia - Eropah (MEF) Kuala Lumpur ketiga.
Maka dengan itu, Semut menyeru semua jentera tidak kira dari mana - mana parti komponen BN agar teruskan usaha yang lebih gigih agar kemenangan itu menjadi kenyataan.
Tanpa usaha yang berterusan dan istiqomah, adalah mustahil ianya akan menjadi realiti. Tugas dan beban ini perlu dipikul oleh setiap individu dan ahli parti demi memastikan Malaysia terus berdaulat serta bebas 'pertualang' Agama, Bangsa dan Negara. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Pemilihan UMNO, lupakanlah dulu. Buat kerja demi memastikan PRU milik kita. Itu lebih penting.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.