Halaman

Selasa, November 30, 2010

Takde Duit???

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Satu persoalan yang sampai hari ini Semut tak boleh hadap. Ianya kelihatan agak ironik dan tak boleh diterima akal.

Tetapi itulah hakikatnya. Setiap kali bila ditanya, "Kenapa tidak ada program?" Jawapan yang kerap kali mereka berikan ialah, "Sebab takde duit".

Bagaimana mungkin Semut boleh terima jawapan tersebut sekiranya mereka merupakan Kerajaan yang memerintah? Tak logik akal.

Sedangkan yang tidak memerintah dan dikalangan pembangkang sendiri pun ada dana tersendiri yang mereka perolehi dari luar. Inikan pula parti yang memerintah.

Bukankah sepatutnya parti itu membantu rakyat? Jadi ke mana perginya rakyat - rakyat yang telah dibantu itu semua? Takkan tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang memberi sumbangan semula kepada parti yang membantu mereka?

Kalau tengok gaya hidup mereka, bukan main lagi. Kereta 'melanar' panjang, macam - macam jenis. Telefon bimbit tak cukup satu. Jam tangan yang berjenama belaka. Tapi sayangnya, golongan inilah yang dilihat tidak menyumbang kepada parti. Persoalannya kenapa?

Mungkin inilah buktinya Melayu mudah lupa. Mereka lupa siapa yang membantu mereka untuk hidup seperti hari ini. Maka bila apa yang mereka mahukan tidak dapat dan tidak diendahkan kerana sudah banyak yang diberi, mulalah mereka merajuk dan ambil tindakan bukan - bukan.

Itu sebabnya kita sering lihat aktiviti keluar parti dan jadi pembangkang serta sebagainya. Contoh terbesar seperti Anwar Ibrahim yang terang - terang sudah kaya raya, tapi tidak sedikit pun pulangan yang diberikan kepada parti yang pernah membantu beliau. Hina nista lagi adalah.

Jadi, tak betullah dakwaan puak pembangkang yang menyatakan UMNO makan duit rakyat sebab UMNO pun takde duit. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.