Dulu beliau kata beliau kecewa dengan UMNO, beliau keluar UMNO. Kemudian beliau masuk PKR untuk bersama - sama membuat reformasi dan pembaharuan kononnya. Beliau jadi hero dalam PKR dan dilambung tinggi - tinggi.
Beliau jadi calon dalam Pilihanraya Hulu Selangor dan dipuji melangit tingginya oleh Pemimpin PKR. Beliau diarak oleh Anwar, Azmin dan seluruh kepimpinan PKR. Tetapi beliau kecundang dalam PRK tersebut.
Kerana kecewa dengan kekalahan tersebut, beliau buat petisyen bantahan. Tapi ditolak mahkamah kerana kurang bukti yang sah.
Kini beliau kembali kecewa. Kerana kecewa dengan parti barunya, beliau letak semua jawatan dalam PKR. Kerana kecewa dengan kepincangan, penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan, beliau menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
Maka Anugerah Pemimpin yang selalu kecewa layak diberikan kepada Zaid Ibrahim. Sebab beliau banyak kali rasa kecewa. Tetapi tidak pernah pula beliau kecewa dengan diri sendiri. Tidak pernah pula beliau mahu bermuhasabah apabila setiap kali kekecewaan melanda.
“I am quitting because I want to dissociate myself from liars and cheats. I do not want to be part of a group that propagates lies and does not have any qualms about cheating for as long as the end justifies the means,’’ he told The Star.
Yang peliknya, kenapa seawal waktu beliau menyertai PKR dahulu beliau tidak pula sedar bahawa parti itu dipenuhi dengan penipu? Kenapa baru hari ini beliau sedar bahawa kebanyakkan pemimpin PKR itu semuanya penipu belaka?
Setelah dirinya dipersoalkan baru beliau mahu sedar? Jadi, kejadian ini perlu dijadikan pedoman kepada seluruh rakyat. Hakikat bahawa PKR adalah parti yang jelas menipu rakyat. Itu yang dikatakan perjuangan untuk rakyat? Sampai bila rakyat mahu ditipu mereka? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah
Pantun utk Zaid..
BalasPadamSudah jatuh ditimpa tangga
Ketua PKR, ketua penipu
Piiiiirah zaid, kau pun sama
Barulah padan muka mu.