Halaman

Ahad, Disember 05, 2010

Beza Hitam Dan Merah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Rasanya dalam Islam adalah amat digalakkan kita menghormati orang lain dalam apa cara sekalipun. Termasuklah jika hendak menegur pemimpin.

Namun jelas, perkara seumpama ini tidak ada dalam pembentukan sahsiah puak - puak pembangkang yang jelas enggan menghormati orang lain.

Jika hendak dibandingkan, mereka ini jelas menunjukkan sifat sombong dan angkuh tahap ekstrim serta cuba untuk memburukkan lagi keadaan.

Laporan terkini mengenai tindakan 'Baju Merah' yang mengadakan perarakan menyerahkan Memorandum Membantah Kenaikan Tarif Air Selangor seperti sengaja mengundang masalah dengan pihak berkuasa.

Terlebih dahulu mereka sudah diberi amaran untuk tidak mengadakan demonstrasi dan perarakan. Namun kedegilan dan merasa diri lebih baik dari orang lain, amaran itu tidak diendahkan.

Kini mereka seperti mahu menyalahkan pihak berkuasa kerana mengenakan tindakan ke atas mereka.

Jelas, perilaku ini adalah satu bentuk provokasi yang nyata dilakukan oleh pihak mereka. Bukan tidak ada cara lain mereka boleh menyerahkan memo tersebut.

Dalam masa yang sama, terdahulu 'Baju Hitam' yang disertai oleh GAPS sudah selesai menyerahkan memo mereka dengan tidak mengadakan sebarang perarakan.

Dilaporkan Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin telah menyerahkan memo tersebut kepada wakil Istana Negara dengan menaiki dua buah kereta sahaja.

Ini jelas contoh perbezaan diantara manusia yang tahu adat dan hukum - hukum Islam serta menghormatinya. Cara 'Baju Hitam' menghadapi dan menyelesaikan masalah lebih berhemah.

Tidak seperti tindakan sesetengah pihak yang dilihat lebih 'Barbaric' dan tidak bertamadun. Adakah ini jenis masyarakat yang kita mahukan dimasa akan datang? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Jelas bukti kegagalan PAS dalam mentarbiah mereka agar lebih bersifat hormat kepada orang lain.

3 ulasan:

  1. bro, jumaat lepas baju hitam demo dan berarak boleh plak...tak adil!!

    BalasPadam
  2. Kaedahnya berbeza...
    Mungkin mereka berarak Jumaat lepas sebab jaraknya dekat...
    Tetapi yang pasti, GAPS lebih berhemah dan bertamadun dari Baju Merah...mereka akur dengan arahan Polis agar bersurai...

    BalasPadam
  3. Puak-puak baju merah ni seperti kata pemimpin DAP Penang, "BERUK". Termasuk lah jugak MB Selangor. Tapi saya rasa depa ni bukan setakat BERUK, tapi BERUK MAKYE kata orang utara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.