Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Itulah perbezaan jelas yang dapat diberikan mengenai senario petang tadi. Walaupun kedua - dua pihak dikatakan akan mengadakan demonstrasi aman, hakikatnya jelas berbeda antara satu dengan yang lain.
Dikatakan penyokong 'Baju Hitam' berkumpul seramai 400 orang sejak pagi tadi bersurai tanpa ada sebarang konfrantasi dengan pihak berkuasa.
Perhimpunan GAPS diperkarangan Stadium Merdeka berhimpun dengan melaungkan kata - kata semangat seperti 'Daulat Tuanku', Singkirkan Anwar, Hapuskan PKR dan Hancurkan Khalid kuat kedengaran.
Perarakan namun tidak dibenarkan oleh pihak polis dan mereka diberi sehingga pukul 12 tengahari untuk bersurai dan Ternyata, tepat jam 12 kebanyakan mereka sudah pun pulang dengan misi ditangan sudah terlaksana.
Bagaimanapun, pihak Baju Merah dilihat lansung tidak berhemah dan bertamadun apabila dilaporkan mereka terus berperang dengan pihak Polis.
Ada yang memaki hamun dan menggelarkan mereka sebagai anjing serta sebagainya. Akibat kedegilan dan sifat sombong puak - puak ini, beberapa orang dikalangan mereka telah ditahan polis.
Lihat perbezaan yang jelas diantara kedua - dua puak ini. Maka masih lagi pihak pembangkang khususnya kumpulan Baju Merah itu mahu menyalahkan Polis?
Pada hal, merekalah yang sepatutnya disalahkan. Malah perbuatan mereka itu juga dilihat tidak bermoral dan menjauhkan diri dari pendekatan Islam sebenarnya.
Yang paling ironik sekali ialah mereka menolak Ketuanan Melayu. Tetapi akhirnya terpaksa juga meminta bantuan Yang DiPertuan Agong untuk menyelesaikan masalah mereka.
Inilah bukti jelas sandiwara dan lakonan yang cuba dipaparkan oleh puak pembangkang ini. Hanya semata - mata untuk memburuk - burukkan keadaan. Sedangkan mereka tidak sedar hakikatnya mereka memburukkan diri sendiri sahaja.
Adakah sifat sombong dan tidak bertamadun serta tidak berhemah sebegini yang kita mahu wariskan kepada generasi akan datang? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.