Halaman

Isnin, Disember 06, 2010

Demo Air Berpindah Ke Kedah???

...Mat Sabun Ni Orang Selangor Ke???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Masih belum puas mereka berentap dengan pihak berkuasa semalam agaknya. Malah Mahfuz Omar juga dilihat amsih tidak puas hati dengan jumlah kehadiran penyokong dalam demo semalam.

Kini perhatian beliau akan berubah ke Kedah pula. Maklumlah, kawasan Parlimen beliau juga. Katanya beliau akan turut disertai oleh Mat Sabun, penyokong tegar si Ketua Penipu Al - Juburi.

Dengar kata Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang berfungsi sama seperti SYABAS juga telah menaikkan tarif air bagi Negeri Kedah.

Malah ia mendapat persetujuan dari Kerajaan Negeri Kedah dan Menteri Besarnya sendiri. Maknanya Tok Jan setuju untuk menzalimi rakyat seperti yang didakwa oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Mungkin lepas berdemo di Kedah, mereka akan berpindah pula ke Pulau Pinang kerana Kerajaan Khalifah DAP itu juga katanya akan menaikkan tarif air.

Inilah bukti jelas betapa retoriknya perjuangan mereka. Konon kata Kerajaan Berkebajikan tapi hapah pun tak buat.

Semuanya helah mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri sendiri, bukan tujuan untuk rakyat sebenarnya.

Itulah matlamat sebenar demo mereka semalam, untuk mendapatkan hak membekal air kepada rakyat oleh Kerajaan Negeri. Agar Kerajaan Negeri akan mendapat keuntungan dan yang kenyangnya, pemimpin - pemimpin mereka.

Sampai bila mereka mahu mengaburi mata rakyat? Kenapa tidak berdemo di Negeri lain yang turut diterajui oleh Pakatan Pembangkang ini? Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan?

Janganlah terus retorik dengan permainan politik busuk seperti ini. Yang susahnya nanti rakyat, bukan pemimpin. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

  1. Dimanapun demo diadakan, cukup untuk membuktikan Melayu PR itu bodoh dan menjadi kuda trojan pengkhianat negara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.