Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampak gayanya, Menteri Besar Selangor itu bagai sengaja mengundang padah. Dah la beliau tidak mampu menyelesaikan krisis air di Selangor, dibuatnya masalah lain pula.
Hari ini Pemuda MIC Kebangsaan dan beberapa Badan Bukan Kerajaan pula menghantar memo bantahan berhubung dakwaan berlaku dikriminasi dalam pemberian pinjaman dan biasiswa pendidikan kepada pelajar India.
Setiausaha Pergerakan MIC, C.Sivarajah berkata, memo dua muka surat itu diserahkan kepada Setiausaha Eksekutif Menteri Besar, Dr. Razali Bolih di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Beliau mendakwa, sepanjang tempoh 2010, hanya empat pelajar india yang menerima pinjaman pendidikan di negeri tersebut berbanding 36 orang pada tahun 2006.
Jelas, bukan sahaja Melayu yang ditindas oleh puak - puak Pakatan Pembangkang di Negeri Selangor ini. Habis semua ditindasnya.
Lagi mereka nak kata Kerajaan BN zalim? Beginikah caranya mereka menjaga kebajikan masyarakat dan rakyat Negeri?
Ini yang dikatakan mereka berjaya mentadbir Negeri dengan baik? Sampai bila mereka nak menipu rakyat ni? Dan sampai bila pula rakyat mahu terus ditipu oleh pemimpin - pemimpin yang jelas mengutamakan diri mereka sendiri? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.