Halaman

Jumaat, Disember 03, 2010

GAPS Mula Serahkan Memo

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Penghulu hari minggu ini banyak perarakan dan sesi demonstrasi yang kita lihat berlaku disekitar tanah air.

Di Selangor, Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) telah mengadakan perarakan bagi menghantar memorandum yang turut menyenaraikan 30 penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

Perarakan GAPS turut disertai oleh badan bukan Kerajaan (NGO) termasuk PERKASA dan juga pertubuhan Cina serta India.

Dilaporkan seramai 1000 orang telah menyertainya. Memo tersebut telahdiserahkan sendiri oleh Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi.

Dalam perkembangan yang sama, di sebelah Masjid Negeri Sulatan Haji Ahmad Shah, Kuantan turut diadakan demonstrasi aman membantah tindakan PKR baru - baru ini.

Mereka yang berhimpun diketuai oleh PERKASA juga disertai oleh NGO sekitar kawasan Kuantan dan Indera Mahkota untuk mengekalkan Institusi Ketuanan Melayu dan Kesucian Ayat Suci Al - Qur'an.

Kedua - dua isu tersebut timbul ketika sidang Kongres PKR yang berlansung awal minggu lalu.

Inilah buktinya berani kerana benar. kalau tak berani, maka mereka tidak akan mengambil tindakan sebegini.

Jadi 'gertak' Menteri Besar Selangor sebelum ini nampak gayanya tidak menjadi. Tetapi sebaliknya ia dijadikan realiti.

Malah ucapan Presiden PKR itu juga turut diselar dan terus dipertikaikan kerana jelas beliau tidak tahu sejarah serta memahami maksud sebenar Ketuanan Melayu. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.