Halaman

Jumaat, Disember 03, 2010

Pendidikan Seks Di Sekolah???

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Satu isu yang Semut seru agar Kerajaan melalui Kemeterian Pelajaran Malaysia pertimbangkan semula.

Bagi menghadapi krisis masalah sosial yang melanda masyarakat Malaysia hari ini, pelbagai cara lagi yang boleh kita lakukan.

Bukan hanya menerapkan pendidikan seks disekolah ini gejala itu dapat dibendung. Malah kalau dilihat dari satu spektrum yang lain, ia hanya akan mengundang lebih banyak padah dari mencegahnya.

Adalah wajar bagi pihak Kerajaan mengadakan Majlis Penerangan yang dihadiri wakil masyarakat, NGO, Alim Ulama, Guru, Wakil PIBG Sekolah dan masyarakat umum. Ianya bagi mengelakkan sebarang salah faham dan salah tafsir dikalangan masyarakat.

Tidak salah sekiranya pihak Kementerian Pendidikan menambahkan masa bagi matapelajaran Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral di sekolah agar penerapan konsep Islam dan moral diberi perhatian.

Penekanan dalam kedua - dua perkara ini boleh dilaksanakan secara tidak formal dengan melibatkan Guru - Guru JQaf dan masyarakat setempat. Rasanya, saranan ini lebih efektif dari Pendidikan Seks itu secara keseluruhan.

Janganlah kita jadi seperti sesetengah orang yang hanya mendakwa mereka mendokong perjuangan Islam.

Tetapi hakikatnya, mereka sendiri gagal menjalankan aktiviti dakwah dikalangan masyarakat bagi membendung masalah ini terus berlarutan. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

  1. ape relevan nye pendidikan sek di sklh? x pelu...yg penting terap kn nilai2 agama secukup nye pd murid2,mak/bapak ambl tau hal anak2 jgn asyik hrp kn guru2 je...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.