Halaman

Ahad, Disember 05, 2010

Jangan Zalim Kepada Diri Sendiri!!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Berita terbaru yang Semut dengar mengenai demonstarsi hari ini ialah keengganan Menteri Besar Selangor mengikut arahan Polis telah mengakibatkan beberapa individu ditahan polis.

Menteri Besar Selangor itu dikatakan telah diberi amaran agar tidak meneruskan niat mengadakan Perarakan. Sebaliknya beliau sendiri menjanjikan kepada pihak Polis bahawa tidak ada sebarang perarakan yang akan dibuat. Hanya perhimpunan sahaja.

Malah mendengar janji tersebut, pihak Polis siap menawarkan khidmat Pengiring untuk mengiringi beliau dan beberapa individu lain ke Istana Negara.

Beliau turut dihubungi selepas Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) selesai menyerahkan memo mereka dengan cara yang sama.

Beliau turut bersetuju untuk membawa beberapa orang sahaja dan beliau sendiri untuk menyerahkan memo tersebut seperti yang telah dilakukan oleh GAPS.

Walaubagaimana pun, penyokong Kerajaan Negeri Selangor seramai 2000 orang masih enggan mengikut arahan dan mengakibatkan mereka ditahan polis.

Menteri Besar Selangor itu juga cuba menyalahkan pihak polis kerana memungkiri janji yang sebenarnya beliau sendiri buat terlebih dahulu.

Maka jelas bahawa Khalid Ibrahim GAGAL mengawal keadaan dan beliau sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas penahanan individu tersebut oleh pihak polis.

Beliau bukan sahaja GAGAL sebagai Menteri Besar, malah beliau GAGAL menunaikan janjinya kepada pihak Polis yang dibuat sebelum ini. Sepertimana keGAGALan beliau menunaikan janji - janji kepada rakyat sebelum Pilihanraya yang lalu.

Secara keseluruhannya, pendapat Semut mereka yang terlibat dalam demonstrasi itu hanya menzalimi diri mereka sendiri kerana amaran telah diberi terlebih dahulu.

Tetapi sebab rasa sombong dan angkuh mereka disertai pula dengan sikap merasa diri lebih baik dari orang lain mengakibatkan perkara seumpama ini berlaku.

Tidakkah mereka tahu bahawa menzalimi diri sendiri lebih buruk akibatnya dari menuduh orang lain zalim? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.