Tahniah Semut ucapkan kepada para Peneroka yang telah mengambil tindakan memfailkan saman di Mahkamah Temerloh baru - baru ni.
Tahniah bukan sebab diorang tahu mengambil tindakan. Tetapi tahniah kerana telah mengayakan lagi musibat dalam gambar diatas.
Baru tadi Semut bentangkan satu kes mengenai saman peneroka terhadap Peguam - Peguam yang menguruskan kes samam Peneroka ke atas felda.
Itu baru saman yang bernilai RM 12juta. Kali ni yang dituntut RM 200juta. Kalau musibat 4 orang tu ambik 20% sebagai komisyen, dah berapa banyak diorang akan dapat nanti?
Yang kes tuntutan RM 12juta tu pun diorang tak adil dalam membahagikan duit, inikan pulak kalau 200juta. Lagi la Punahnya.
Kalau yang dalam kes RM12juta tu pun dah banyak duit Peneroka diorang libas, dalam kes RM200juta ni macam mana?
Senang betul diorang tipu Peneroka ni ek. Orang tu penat - penat cari duit, diorang senang - senang je balun. Yang Peneroka tu pun percaya dengan diorang ni bulat - bulat.
Tak de nak banyak soal dah. Tau nak saman je. Ni semua kerja Mazlan Aliman tu la, siapa lagi. Entah - entah dia pun ada 'share' dengan peguam tu kot. Mana tau. Diorang kan penipu. Bukan boleh percaya sangat!!!
KUALA LUMPUR, 29 Sept – Seramai 365 peneroka dari 19 Felda di Pahang memfailkan tuntuan di Mahkamah Temerloh hari ini menuntut ganti rugi RM200 juta berhubung penipuan dalam urusan membeli dan memproses sawit dan pemasaran.Ia dilihat sebagai siri saman dibawa oleh peneroka ke atas pengurusan Felda sejak beberapa tahun lalu.Peneroka yang mengemukakan saman ini terdiri daripada mereka yang tinggal di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 3, Felda Jengka 4, Felda Jengka 5, Felda Jengka 6, Felda Jengka 7, Felda Jengka 10, Felda Jengka 13, Felda Jengka 14, Felda Jengka 15, Felda Jengka 16, Felda Jengka 17, Felda Jengka 18, Felda Jengka 19, Felda Jengka 23, Felda Jengka 24, Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Ulu Jempol.Berdasarkan pernyataan tuntutan, para peneroka terbabit menyenaraikan enam bentuk penipuan iaitu defendan pertama – Felda telah menetapkan bahawa segala buah sawit hanya boleh dijual kepada defendan kedua iaitu kilang sawit Jengka 3, Bandar Jengka; pusat Pengumpulan BTS Jengka 3 D/A Jengka 4, Maran; Kilang Kelapa Sawit Jengka 8; Kilang Kelapa Sawit Jengka 1 dan Kilang Kelapa Sawit Jengka 21.Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa defendan kedua dengan palsunya membuat akuan bahawa Kadar Perahan Gred (KPG) dan dengan berniat jahat dan sengaja menurunkan kadar KPG bertentangan dengan kadar yang sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit yang perlu dibayar kepada plaintif.“Plaintif-plaintif menyatakan bahawa plaintif layak menerima pembayaran berdasarkan kadar perahan minyak asas yang penuh tanpa apa apa penalti memandangkan sekiranya terdapat apa-apa buah yang ditahan, ia akan dilupuskan berdasarkan kehendak manual penggredan MPOB,” kata pernyataan tuntutan.
Ps: Soalnya sekarang, siapa Lanun yang sebenarnya? Pihak Pengurusan Felda atau Peguam yang mengambil kesempatan tu??? Korang fikir la sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.