Halaman

Jumaat, September 30, 2011

PAK BERAHIM PENING, UTAMAKAN POLITIK DARI PERPADUAN!!!


KUALA LUMPUR, 29 Sept – PAS mencadangkan agar diadakan satu muzakarah untuk meleraikan kekeliruan dan membetulkan persepsi negatif  yang timbul dalam masyarakat terhadap sistem perundangan Islam di negara ini.
Selain itu PAS turut mencadangkan agar muzakarah ini dihadiri oleh para mufti dan Umno mewakili parti pemerintah.
“Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
PAS mengesyorkan pandangan ini ketika negara menyaksikan kontroversi berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud.
Isu ini muncul kembali minggu lalu. Kerajaan Negeri Kelantan menggerakkan hasrat mahu melaksanakan hudud pada 1993.
Kata Tuan Ibrahim, Islam sebagai sebuah agama yang ditegakkan di atas nas dan hujah, PAS melihat muzakarah adalah medan menambahkan ilmu dan maklumat secara sihat yang perlu diterima dan disokong oleh semua pihak.
Dipetik Harakahdaily, Tuan Ibrahim menegaskan, isu hudud bukan satu isu politik, tapi ia merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihan raya.
“Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ianya adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya,” kata beliau.
Ps: Ini yang buat orang pening dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Bila tiba bab perlaksanaan hukum, nak pulak diorang bermuzakarah.

Tapi bila tiba bab Perpaduan Ummah dan menubuhkan Kerajaan Perpaduan, diorang yang beria - ia benar menolak perkara tersebut.

Adakah diorang tidak melihat bahawa dengan wujudnya Perpaduan Ummah tu maka perlaksanaan Hukum juga akan menjadi mudah?

Jika adanya Perpaduan Ummah dimana seluruh Umat Islam di Malaysia ni bersatu, adakah mampu puak - puak bukan Islam lain dapat membantah?

Pelik. Benda yang sepatutnya diutamakan menjadi perkara tak penting pulak bagi PAS. Tapi diorang nak orang ikut cadangan mereka. 

Bila orang lain bagi cadangan, diorang tolak. Nampak sangat puak - puak khawarij PAS ni jenis manusia yang angkuh dan bodoh sombong.Mereka lebih pentingkan Politik dari menegakkan syiar Islam sebenarnya!!!

1 ulasan:

  1. Kami penduduk Seksyen 19 yang berhadapan isu kuil Hindu yang belum selesai menyalahkan pemimpin Pakatan Rakyat yang terlalu beri muka kepada Hindu kuil. Penduduk berusaha begitu lama menuntut kuil yang dijanjikan PKNS pindah tetapi bila ada arahan pindah ke Sek 22 begitu mudah dibatalkan pemimpin PR. Gangguan kuil semakin menjadi2 dan pelbagai ugutan kpd penduduk. Aduan kepada pihak berkuasa tiada tindakan malah gangguan semakin serius. Bila penduduk minta bantuan NGO Islam dituduh pula provokasi UMNO kepada Hindu kuil. Logikkah Khalid Samad serang NGO Islam tanpa peduli masalah penduduk Islam?. Wakil Rakyat Shah Alam berbohong kepada penduduk untuk selesaikan isu pemindahan kuil November 2010. Tetapi sampai hari ini masalah penduduk masih belum diselesaikan. Kenapa pemimpin Islam Pakatan Rakyat amat toleransi kepada puak kafir?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.