Dengar kata, info terbaru ni telah membuatkan Si Fuziah 'Reaktor' tu semakin meroyan dan jadi hilang akal.
LYNAS Corporation Ltd akan membina kilang pemprosesan di Gebeng, Kuantan, menurut standard baru yang belum pernah diamalkan dalam sejarah industri nadir bumi.Naib Eksekutif Presiden Strategi dan Komunikasi Korporatnya, Dr. Matthew James, berkata kilang bernilai RM 700juta itu adalah berdasarkan kepada proses dari China, tetapi Lynas berusaha meningkatkan prestasi persekitaran pemprosesan berkenaan dengan melabur secara besar - besaran dalam rawatan gas dan sisa air serta pengurusan sisa pepejal."Dan itulah jenis pelaburan yang tidak berlaku di China kerana mereka belum pernah membina jenis kemudahan seumpama itu menggunakan standard sama yang Lynas gunakan."Mereka tidak merawat air sebelum dikeluarkan dan tidak sental dan bersih gas sebelum dikeluarkan," katanya dalam temubual eksklusif di Sydney, semalam.Bagaimanapun, jelasnya, banyak perubahan dan penambah-baikan berlaku di China dengan perbadanan bumi nadir terbesar Baotao, baru - baru ini mengumumkan pelaburan AS15juta untuk program persekitaran sisa air dan gasnya.China menghasilkan 90 peratus daripada nadir bumi dunia dan melaksanakan 40 peratus ke atas kuota eksportnya untuk 2010, sekali gus menyebabkan kekurangan global dan lonjakan harga. - BERNAMA
Dari apa yang dimaklumkan diatas, LYNAS akan guna standard baru untuk kilangnya di Malaysia.
Standard ni katanya tidak pernah diguna pakai di tempat lain dalam dunia yang turut memproses tanah jarang ni.
Standard ni katanya tidak pernah diguna pakai di tempat lain dalam dunia yang turut memproses tanah jarang ni.
Bila LYNAS dah mula perbaiki sistem yang ada dan menuju kepada sistem yang lebih mesra alam, PKR Pahang akan bertambah meroyan.
Meroyan bukan sebab apa. Sebab diorang dah tak de isu yang hendak dijadikan mainan dan memperbodoh - bodohkan rakyat.
Kalau dulu mereka mampu menipu orang ramai. Kini pembohongan mereka dah dikantoikan sendiri Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat.
Bagi Pakatan Pembangkang, jika mereka berjaya menggagalkan pelaburan yang dimasuk oleh BN adalah satu kejayaan besar kerana makin kurang peluang pekerjaan.
Diorang ingat, dengan cara tu, diorang akan mempunyai peluang mudah untuk mereka mempermainkan sentimen kemarahan rakyat terhadap pihak Kerajaan Negeri.
Persoalannya, adakah PKR Pahang mampu bangkit selepas dikantoikan oleh rakan dari PAS seterusnya menjawab standard baru yang digunakan oleh LYNAS ini?
Dah la buat kerja pun tak reti. Nak harapkan Si Fuziah 'Reaktor' tu membantu rakyat di Pahang? Jangan harap la. Apa yang dia tau buat, menipu rakyat je kerjanya!!!
- Sumber dari MyMassa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.