Halaman

Rabu, Oktober 05, 2011

LAPORAN YANG BUAT KARPAL SAKIT HATI!!!


Pertemuan Najib, Nik Aziz bawa harapan hudud dilaksanakan 
SHAH ALAM – Tertangguh sejak 18 tahun lalu, Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 diluluskan Dewan Undangan Negeri masih tidak dapat dilaksanakan sehingga kini.
Kekangan itu kerana pada sudut undang-undang negeri yang mahu melaksanakan hukum hudud, perlu mengusulkan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah dibawah Bidang Kuasa Jenayah 1984.
Bidang kuasa yang ada hukumannya adalah terhad dan jika Kerajaan Negeri mahu melakukan hukum hudud perlu diperluaskan lagi mengikut hukum tersebut.
Segelintir pihak melihat jika Kerajaan Negeri serius melaksanakan enakmen terbabit, mereka seharusnya membawa usul ke Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan melibatkan undang-undang jenayah itu dipinda.
Mengulas perkara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub me-ngandaikan kesukaran mendapatkan undian dua pertiga majoriti di Parlimen menyukarkan usul terbabit diluluskan sekiranya dibawa membuatkan tiada tindakan selanjutnya.
Menurutnya, itu kekangan dihadapi sebagai pembangkang di mana setiap usul dibawa tidak akan mendapatkan sokongan dua pertiga majoriti sebagai syaratnya.
“Kami sebagai pemimpin Pas boleh mengemukakan usul tersebut, tetapi mustahil mendapatkan sokongan dua pertiga dewan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, satu pertemuan antara Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan diadakan dalam masa terdekat diharapkan memberi peluang dan harapan kepada Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakannya.
“Kita berharap pertemuan itu menjadi titik tolak kepada permintaan Kerajaan Negeri untuk melaksanakannya. Kapasiti Najib sebagai Perdana Menteri jika mengesyorkan Akta Mahkamah Syariah di bawah Bidang Kuasa Jenayah 1984 untuk dipinda pasti mendapat sokongan majoriti,” katanya.
Justeru, beliau melihat kesepakatan antara kedua pihak iaitu pembangkang dan kerajaan memungkinkan hasrat melaksanakan hukum hudud itu akan terlaksana.
Ps: Yang peliknya, bila diorang diajak buat Kerajaan Perpaduan dan mengeratkan Perpaduan Ummah, diorang beria - ia tolak.

Masih lagi puak - puak PAS ni tak nak bersatu atas nama Islam. Mereka lagi sanggup menjadi balaci dan tunduk kepada desakan DAPigs yang terang - terang menolak hukum tersebut.

Jadi, macam mana orang tak kata bahawa puak - puak Parti Angguk Saja ni hanya mempolitikkan isu Hukum Hudud ni.

Hudud nak, tapi Perpaduan Ummah tolak. Perjuangan Islam menda kejadahnya kalau macam tu? Tak heran la Si Karpal Whilchar tu gelak besar bila PAS nak wujudkan Negara Islam!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.