Halaman

Sabtu, Oktober 01, 2011

HAJI HADI PUTAR BELIT HUKUM ALLAH!!!


Dalam mengejar kepentingan Politik dan undi orang bukan Islam, PAS sanggup memutar belitkan hukum Islam mengikut kesesuaian mereka semata - mata.

Bagi Semut, apa yang dilakukan oleh Haji Hadi ni hanya memutar belitkan Hukum Islam yang sedia ada bagi kepentingan politik mereka semata - mata.
“Dalam hal ini, PAS tidak memaksa bukan Islam menerima undang-undang Islam seperti mana kita tidak memaksa mereka menerima Islam,” katanya.
Dibibirnya, mereka kata bukan Islam tidak dipaksa untuk menerima Hukum Hudud. Tetapi dalam masa yang sama, bukan Islam Terpaksa juga menerimanya.

Inilah Keadilan sebenar dalam Hukum Islam tu. Mana boleh hukum tersebut hanya bergantung kepada umat Islam sahaja.

Jika perkara tersebut berlaku, maka Islam itu tidak adil jadinya. Sebagai contoh, jika bukan Islam merompak dan mencuri harta milik orang Islam, adakah mereka akan terlepas?

Demikian juga jika mereka melakukan zina atau maksiat didalam kawasan orang Islam. Adakah perkara seumpama itu hanya akan dibiarkan sahaja?

Sedangkan Haji Hadi sendiri pun menegaskan bahawa Hukum Islam ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa selagi mereka berada diatas muka bumi Allah S.W.T.
Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.
Jadi, secara tak lansung, bukan Islam juga turut akan terlibat dan terpaksa menerima hukuman tersebut kerana ianya hukum Allah, bukannya hukum manusia.

Jangan la kita suka - suka je nak mengubah apa yang sudah termaktub didalam kitab hanya semata - mata mahu meraih sokongan. 

Naka melaksanakan hukum Islam ni pun biar la dengan jujur dan ikhlas. Jangan la menipu orang bukan Islam pulak.

Kalau betul diorang nak tegakkan hukum Islam, kenapa ianya tidak dijalankan ke atas pemimpin - pemimpin mereka terlebih dahulu?

Jangan sekadar nampak nyamuk diseberang laut, tapi bangkai gajah depan mata diorang buat - buat tak nampak pulak. Itu bukan Keadilan namanya!!!

3 ulasan:

  1. semuthitam dah cukup faham ke dengan hukum hudud ni..jangan sendakan hukum allah..apa yang saudara tulis ni @ copy paste sekali pun..nampak benar semuthitam blom cukup faham hukum allah...wassalam

    BalasPadam
  2. Saudara anon 9:01 . . .

    Kalau semuthitam belum cukup faham hukum hudud, cuba saudara perjelaskan supaya kita semua boleh memahaminya.

    Kalau setakat nak katakan `jangan sendakan hukum allah...nampak benar semuthitam blom cukup faham hukum allah . . . ini saya pun boleh cakap.

    Bukan gitu . . .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.