Halaman

Sabtu, Oktober 01, 2011

PAK BERAHIM TUNGGU APA LAGI???

SHAH ALAM - Pas berpendirian bahawa Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu mempunyai hak untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah masing-masing seperti mana diperakui Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), kedua-dua negeri itu berhak melaksanakan undang-undang berkenaan, namun persoalan utama adalah kebena-ran daripada Kerajaan Pusat bagi melaksanakan undang-undang berkenaan.
“Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran, merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses sesuai dan munasabah,” katanya.
Menurutnya, rakyat Kelantan telah memilih kerajaan Pas atas dasar Islam didukung parti itu justeru, mereka seharusnya diberi hak mengamalkan ajaran mereka.
“Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan semangat demokrasi dipersetujui bersama.
“Kini, terpulang kepada kerajaan Kelantan untuk membawa enakmen berkenaan ke peringkat seterusnya,” katanya.
Mengenai perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah, Pas berpendirian ia berpusat di atas pentafsiran bahawa semua itu bertentangan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
“Persoalan pentafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan antara pandangan pengamal undang-undang kedua-dua pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya.
“Pas melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan mahkamah perundangan,” katanya.
Ps: Pak Berahim ni, pandai sangat bercakap. Kalau ikut apa yang dia nyatakan diatas, perlaksanaan Hukum Hudud ni boleh dilaksanakan mengikut Negeri.

Apa yang perlu diperjelaskan ialah, kenapa pulak mereka memerlukan kebenaran daripada Kerajaan Pusat sedangkan enakmen jenayah syariah ni bergantung kepada Sultan?

Bukankah Sultan yang berhak untuk menentukan sama ada hukum tersebut boleh digunakan mengikut Negeri masing - masing kerana ianya berkaitan dengan hukum Islam?

Persoalan seterusnya, kenapa PAS selama ini tidak pernah membawa usul tersebut didalam Majlis Mesyuarat Raja - Raja Melayu untuk dibincangkan?

Yang Pak Berahim ni pun sebelum ini menentang hukuman sebat yang dikenakan ke atas Kartika Sari di Negeri Pahang. Adakah dia juga menentang hukum Hudud pada ketika itu?

Jangan la hanya sekadar bercakap je pandai. Tapi bila nak dilaksanakan, diorang takut pulak. Kalau Kerajaan Pusat kata boleh buat, adakah mereka mampu untuk melaksanakannya?

Dan Semut yakin. Sekiranya hukum ini dilaksanakan di Negeri bawah pemerintahan mereka, orang yang pertama dikenakan tindakan adalah pemimpin mereka sendiri.

Sebab pemimpin mereka pun banyak jugak yang menyeleweng serta menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar seperti berkhalwat dan sebagainya.

Jangan diorang buat - buat tak nampak pulak semua benda ni. Setakat nak menyalahkan orang itu ini, semua orang boleh buat. Itu bukan Keadilan namanya!!!

1 ulasan:

  1. Hukum hudud sebenarnya mereka main tarik tali sorong papan tarik papan,tarik mata geraji depan ke belakang antara ahli gabungan dalam PR....soal hudud main wayang lebih...

    yg kena cerca pihak lain (UMNO)!!!
    yg disalahkan kerajaan pusat (BN)!!!

    tujuan...supaya ahli PAS dungu tetap ditipu..ahli DAP yg bijak
    tetap sengih selalu...
    clever..clever!!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.