Halaman

Ahad, Oktober 09, 2011

JANGAN LA BUAT KERJA BODOH!!!


Buat sekian kalinya, puak - puak Pakatan Pembangkang tu mengakui tahap Kebodohan mereka berada dalam keadaan yang paling tinggi.

Dah la buat kerja untuk rakyat pun diorang tak tahu. Cakap pun main ikut sedap mulut je. Ada hati pulak nak mempertikaikan apa yang orang lain buat.

Itu pasal la orang kata diorang macam tin kosong je. Cakap pandai, tapi buat kerja tak reti. Lepas tu ada hati nak bentangkan bajet sendiri konon. 

Memang dasar manusia tak sedar diri betul la diorang ni. Dah sah diorang ni hidung tak mancung, pipi pulak tersorong - sorong!!! Macam sial!!!

RAWANG, 8 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sememangnya mampu termasuk daripada segi kewangan untuk melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkan semalam.
“Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan Bajet 2012.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kundang dan melawat cadangan jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang di sini hari ini.
Dipetik Bernama Online, katanya, kerajaan memang berkemampuan dan rakyat hanya perlu menunggu pelaksanaannya.
Mengenai Belanjawan Bayangan Pakatan Rakyat RM220 bilion yang berbeza hanya kira-kira RM10 bilion dengan Belanjawan Kerajaan RM232.8 bilion, Najib berkata, soalan mengapa nampaknya nilai belanjawan pembangkang dengan kerajaan semacam hampir sama hendaklah diajukan kepada pembangkang.
“Itu kena tanya dia sebab bajet kita ni cara telus orang tahu, orang tahu bajet kita, barangkali dia tahu bajet kita. Jadi apa yang kita buat dalam lingkungan kemampuan kita dan kemampuan kita pun, kita telah bagi tahu daripada segi apa kita mampu lakukan,” katanya.
Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa pengumuman beliau untuk mengkaji dan menaikkan elaun dan kemudahan anggota Parlimen jika disetujui kedua-dua pihak, tidak disokong oleh anggota pembangkang, seperti yang dilaporkan oleh laman Malaysiakini.
Najib berkata beliau difahamkan anggota-anggota Parlimen pembangkang mahukan kajian semula elaun mereka dan beliau hairan Ketua Pembangkang berkata sebaliknya.
Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang bahawa belanjawan negara yang dibentangkan semalam tidak realistik, Najib berkata Belanjawan Negara dibuat berdasarkan fakta yang amat diketahui oleh kerajaan dan melibatkan banyak pihak termasuk pegawai-pegawai daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).
“Jadi tidak mungkin mereka ini tidak mengetahui apa yang patut dibentangkan daripada segi fakta untuk keputusan Perdana Menteri dan kerajaan,” katanya.
Jadi apa pun yang penting sekali ialah pelaksanaannya dan apabila pelaksanaannya nanti berkesan segalanya akan terjawab dengan sendirinya, kata beliau.
“Kalau dikatakan tidak realistik maknanya kita tidak mungkin memenuhi janji-janji kita seperti terkandung dalam Belanjawan 2012 sebaliknya saya nak tahu apa yang dia akan kata kalau kita dapat melaksanakannya. Itu akan menjawab segalanya,” kata Perdana Menteri.

1 ulasan:

  1. Orang gila je yang bentang bajet tapi duit tak de.

    - mok

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.