Halaman

Ahad, Oktober 09, 2011

KHAIRY PUN SOKONG GERAKAN ANTI LYNAS???


Wah!!! Bukan main seronok lagi blogger 'Hebat' dari Negeri Pahang ni menghentam Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ni ye.

Dia yang selama ini 'Hebat' mendabik dada menyatakan bahawa dialah yang paling 'Hebat' dalam Pahang kata Khairy Jamaluddin turut menyokong Gerakan Anti Lynas.

Kononnya, dia memetik kata - kata ucapan yang dibuat oleh Khairy selepas satu Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Kuala Lumpur.

Tapi, apa yang tidak di jelaskan oleh blogger 'Hebat' ni ialah mengenai tarikh kenyataan tersebut dibuat oleh Khairy sebelum ini.

Ternyata, apa yang dijelaskan oleh blogger 'Hebat' ni merupakan berita 'Basi' dan ianya bukan maklumat sulit. Cuma dia je yang tak pernah tengok video tu dalam Youtube.

Video tu diterbitkan oleh Media UMNO Online pada hari yang sama. Blogger ni hanya 'merakamkan semula' video tersebut dan memuat-naikkannya dalam blog dia sahaja.


Tengok balik tarikh kenyataan media tu dikeluarkan. 11 Mac 2011, beberapa minggu selepas berlakunya tragedi Fukushima dan digembar - gemburkan oleh Si Fuziah.

Baca balik apa yang dinyatakan oleh YB Khairy mengenai perkara tersebut betul - betul. Terang - terang dia sebut perkataan "Sekiranya Ada Kesan Kepada Alam Sekitar".


Ianya tak bermakna YB Khairy membantah sepenuhnya pembinaan kilang tersebut. Dia hanya mintak pihak Kerajaan buat kajian semula sahaja. Adakah ianya salah?

Sejurus selepas itu, pihak Kerajaan telah melantik Jawatankuasa Bebas, IAEA untuk mengkaji semula pembinaan kilang tersebut dan mendapati ianya selamat untuk dibina.

Maka, persoalannya sekarang, Adakah YB Khairy Jamaluddin dan juga Ketua Pemuda UMNO Kuantan tu masih membantah cadangan pihak Kerajaan membina kilang tersebut?

Sama - sama kita nantikan jawapan dari mereka dalam masa terdekat nanti. Pesan Semut kepada blogger 'Hebat' ni, jangan ketawa cepat sangat. Nanti takut malu diri sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.