Halaman

Isnin, Oktober 24, 2011

KALAU TAK HIPOKRIT, BUKAN LA PEMBANGKANG NAMANYA!!!

"YES!!! Kita Sapu Semua!!! Hahaha!!!"
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Pemimpin pakatan pembangkang di Selangor diselar kerana mengamalkan sikap hipokrit berhubung isu kenaikan elaun terhadap Ahli Parlimen yang dibangkitkan baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, sikap itu jelas apabila mereka menolak kenaikan elaun untuk Ahli Parlimen namun bersikap sebaliknya di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
"Mereka hipokrit kerana di Parlimen tolak tetapi terima di DUN. Azmin Ali pula berpura-pura lantang menentang kenaikan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 tetapi kebenarannya mereka bersetuju dengan kenaikan elaun di peringkat negeri dan ada kalangan mereka yang menikmati dua gaji.
"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah ADUN Ijok dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Azmin pula ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak.
"Teresa Kok pun sama, dia Ahli Parlimen Seputeh dan juga ADUN Kinrara malah berjawatan Exco. Mereka ini hipokrit, dua-dua mereka 'sebat'," katanya selepas merasmikan Program Jelajah Francais 1Malaysia peringkat negeri Selangor di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Jelajah Francais 1Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan; Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir; Pengarah Eksekutif Ayam Penyet Ria, Dazma Shah Daud dan Naib Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Ir. Md. Nasir Ibrahim.
Noh berkata, ADUN Selangor menikmati kenaikan elaun dari RM4,000 ke RM6,000 walaupun keadaan ekonomi negeri itu semakin merosot sejak berada di bawah pemerintahan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Penasihat ekonomi Selangor ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, mustahil dia tidak tahu keadaan ekonomi negeri itu dan kenapa Menteri Besar tidak tanya.
"Mereka bukan sahaja tipu rakyat tapi turut menganiaya rakan-rakan mereka daripada Pas dan di negeri lain yang terjejas dan memerlukan kenaikan elaun Ahli Parlimen untuk melaksanakan program di kawasan masing-masing," katanya.
Ps: Kalau la puak - puak Pakatan Pembangkang tu tak hipokrit dan kuat menipu rakyat, bukan la Pembangkang namanya. Itu pasal la diorang cakap macam bagus.

Padahal, dalam masa yang sama, semua dia sapu. Macam kata Si Ketua Penipu tu jugak la. Kiri kanan sama rasa, depan belakang sama saja.

Jadi tak mustahil la anak - anak buah dia pun dua kali lima jugak macam dia. Semua benda dibalunnya. Tapi bila bercakap, wah, macam diorang la yang paling pemurah sekali.

Kalau betul diorang ikhlas nak memperjuangkan rakyat, baik tak payah ambik lansung. Ini tidak, duit diorang ambik. Tapi kerja untuk rakyat tak buat jugak. Memperjuangkan rakyat menda kejadahnya kalau macam tu? Itu menjahanamkan rakyat namanya!!!

3 ulasan:

  1. Kesian pada rakyat yg diperdaya oleh skrip2 pembangkang.. Sanggup membohong & hipokrik semata2 utk menarik undi. Cadangan nak naik Elaun Parlimen,tak boleh kata pembangkang.. Curi duit Rakyat katenye..!! DUN Selangor boleh plak naik elaun.! Tu nk kira ape tue??

    BalasPadam
  2. Pakatan Rakyat sanggup & rela menipu rakyat demi nafsu mereka untuk merampas undi rakyat. Kesian kat Rakyat yang minda dicabuli oleh Pakatan Rakyat.
    Kerajaan CADANG nk naikkan elaun Parlimen, belum buat lagi pun dah kate nk rompak duit rakyat..
    PKR Selangor DAH PUN NAIKKAN ELAUN ADUN SELANGOR, apa yg anda nak kata.??? Lu fikir la sendiri..

    BalasPadam
  3. Rakyat yg kena tipu tu kena sedar la..
    jgn biar diri anda dipermainkan oleh Dakyah Pembangkang..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.