Halaman

Isnin, Oktober 24, 2011

MAK LAMPIR ZURAIDAH MEROYAN, HABIS LA UMNO!!!


Haduhai!!! habis la UMNO Selangor kalau Si Mak Lampir Zuraidah tu mengamuk nanti. Mau diamuknya satu Ampang disebabkan malu yang tak terhingga.

Ini jugak merupakan diantara bukti yang jelas bahawa pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang tu tak reti buat kerja. 

Kalau diorang tau nak menjaga ahli mereka sendiri, kenapa pulak diorang nak keluar parti? Dah tentu ada benda yang tak kena.

Itulah akibatnya kalau suka sangat menipu sana sini. Lepas tu, kerja satu hapah pun tak buat. Sekarang nak menggila pada sapa? Padan Muka!!!

K. Vengdesgiri (dua, kiri) menyerahkan borang permohonan keahlian bagi menyertai mana-mana parti di bawah naungan Barisan Nasional (BN) kepada Dr. Mohd. Shafie Abdullah di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Ampang Campuran bertindak keluar daripada parti itu hari ini, selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang didakwa tidak jujur dan gagal menunaikan janji.
Ketua kumpulan berkenaan, K. Vengdesgiri berkata, dengan tindakan itu bermakna ranting PKR Ampang Campuran dibubarkan.
''Kami berasa kecewa dan tertipu. Janji-janji yang diberikan juga tidak dikotakan malah ranting PKR Ampang Campuran sehingga kini yang dijanjikan untuk disahkan tidak berlaku,'' katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Masyarakat India Ampang (PKRSMIA) berkata demikian selepas menghadiri Majlis Setulus Kasih Selembar Budi sempena sambutan Deepavali di sini.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah.
Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Prof. Madya Dr. Rozaidah Talib.
Vengdesgiri berkata, selepas ini mereka akan bergerak menggunakan platform PKRSMIA dan menyokong BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, tindakan 300 ahli PKR itu menunjukkan parti pembangkang semakin dijauhi rakyat.
"Janji-janji yang diberikan kepada rakyat tidak dikotakan menyebabkan mereka berasa kecewa dengan pembangkang. Kita BN akan sedaya upaya menunaikan janji dan turun ke bawah mendengar denyut nadi rakyat,'' katanya.

2 ulasan:

  1. nama pun RANTING pkr, mudah patah, padan muka kena tipu...hahaha

    BalasPadam
  2. Dlm PKR sendiri pun dah kena tipu & mungkir janji..
    Rakyat yg mereka buli mcm mane ya..?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.