Halaman

Jumaat, Januari 27, 2012

ADA BLOGGER PAHANG BAKAL DISAMAN???


Waduh!!! Gawat macam ni. Dengar kata ada blogger di Negeri Pahang ni yang akan didakwa kerana menimbulkan dakwaan yang bukan - bukan.

KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menafikan Majlis Ugama Islam Pahang (Muip) sudah membuat bayaran deposit sebanyak RM5 juta untuk membeli sebuah hotel terkenal di Kuantan.


Bagaimanapun, Baginda yang juga Yang Dipertua Muip mengesahkan wujud perbincangan mengenai pembelian hotel berkenaan namun keputusan akhirnya belum diputuskan kerana semuanya bergantung kepada kemampuan kewangan Muip.


“Sehingga kini perkara itu sedang dalam perbincangan dan masih belum membabitkan sebarang pembayaran deposit duit baitulmal atau zakat seperti yang didakwa dalam sebuah blog beberapa hari lalu.


“Kita belum memutuskan pembelian hotel menggunakan duit baitulmal atau zakat tetapi akan melihat kemampuan kita dan kalau boleh memerlukan sedikit pinjaman untuk dapatkan peruntukan,” titahnya.


Baginda bertitah, keputusan pembelian mungkin akan diketahui dalam tempoh terdekat namun bergantung pada kewangan Muip.


Tengku Abdullah bertitah kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa lemas bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, di Sungai Isap 2, semalam.

Tengku Abdullah bertitah, Muip akan melakukan siasatan terperinci berkenaan dakwaan itu sebelum mengambil sebarang tindakan wajar.


Ahad lalu, sebuah blog menyiarkan arikel bertajuk yang bertajuk ‘Guna Duit Zakat Untuk Beli Hotel Mewah, Kerajaan Negeri Digesa Halang Urusan Berkaitan’ mendakwa, Muip menggunakan wang zakat mencecah puluhan juta ringgit untuk mengambil alih pengurusan hotel berkenaan.


Dakwa penulis blog itu, Muip sudah membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM5 juta dan bakinya akan dibayar menggunakan wang zakat. - Sinar Harian
Mungkin inilah akibatnya kalau suka sangat buat cerita tak tentu arah. Fakta main sebat ikut suka hati je. Kan dah tak pasal - pasal je nak kena dakwa.

Itulah. Bila terikut - ikut sangat pemimpin yang suka Kencing Rakyat, dah anak - anak buah pun terikut - ikut sekali. Bila dah dapat 'bala' macam ni, Baru Padan Muka Diorang!!!

1 ulasan:

  1. Kita tengok SIAPA yg berani saman BLOGGER terbabit.. Terkencing dibuatnyer kat MAHKAMAH nanti... hahahahaha.. FAIL semua dah ada...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.