Halaman

Jumaat, Januari 27, 2012

AZIZ BARI PULAK DESAK PAS PECAT TOK JAN!!!


Kalau hari tu, dalam isu pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali, Si Azmin Ali tu yang memainkan peranan sebagai dalang utama mendesak PAS agar mengambil tindakan tersebut.

Semuanya semata - mata sebab Hassan Ali buat kenyataan dan menyeru agar ahli PAS tidak turut serta menyokong Himpunan 901 anjuran Si Azmin Ali tu.

Himpunan tu disifatkan sebagai 'Kotor' kerana kata Hassan Ali, Si Ketua Penipu tu dan perjuangannya selama hari ni pun 'Kotor'.

Dan kali ini, Si Aziz Bari tu pulak turut membuat desakan yang sama agar PAS Pusat ambik juga tindakan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Razak.

Dia kata, tindakan tu perlu diambil sebab Tok Jan secara terang - terangan menentang pemansuhan AUKU yang termaktub dalam Buku Jinggay.
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat digesa mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana menggunakan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.
Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Azizan itu jelas bertentangan dengan janji Pakatan yang mahu menghapuskan AUKU seperti yang tercatat dalam Buku Jingga.
“Pakatan Rakyat perlu bertegas dalam hal ini kerana tiada pemimpin Pakatan yang harus ingkar perjanjian bersama dalam Buku Jingga,”

katanya selepas menghadiri wacana bertajuk Masih Relevankah AUKU di bangunan Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Katanya, ini bukan kali pertama Azizan menimbulkan ‘kontroversi’ yang tidak selari dengan prinsip Pakatan dalam hal ehwal pentadbiran Kedah.
“Kalau nak sokong AUKU, masuk Barisan Nasional (BN) lah. BN pro AUKU,” kata bekas pensyarah undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa itu.
Kalau PAS ikut jugak la cakap Si Aziz Bari ni, maka dah semakin jelas bahawa puak - puak PAS tu memang dah jadi Parti Angguk Saja.

Semua benda yang orang suruh diorang buat, diorang Akur tanpa sebarang bantahan walaupun ianya tidak ada kena mengena dengan perjuangan Islam.

Dan secara tak lansung, ia memberi gambaran bahawa puak - puak Pakatan pembangkang tu hanya Retorik kata diorang memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara.

Bila ada pemimpin yang mengkritik dan mempertikaikan mereka, cepat - cepat suruh ambik tindakan. Masa tu jugak dia dicop sebagai Pengkhianat dan sebagainya.

Ini ke yang dikatakan sebagai perjuangan Hak Kebebasan Bersuara? Kalau setakat macam ni, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!! Sudah - sudah la menipu rakyat Malaysia ni!!! Diorang pun bukannya bodoh sangat!!!

2 ulasan:

  1. Suruh budak budak jalan kebun tu bagi penampar sebijik kat muka aziz bari ni ...

    Nak jilat sheikh anu war al juburi, habis orang lain kecoh dibuatnya ..

    BalasPadam
  2. perlembagaan malaysia yg da already ada tu xnk ekot...nk jg ekot perlembagaan JINGGAY yg xmjd-jd ag.kata pakar perlembagaan??aper cer??buat malu ahli akademik jer aziz bari ni.kalo bnde slh xkn nk sokg jg??itulah kepentingan AUKU..itupun xnmpk n nk kaitkan dgn BN.blaja tgi2 pom bebal nk bezakan buruk n baik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.