Halaman

Jumaat, Januari 20, 2012

ADA ORANG DAPAT SURAT PELIK MACAM NURUL IZZAH???


Ha! Jangan korang tak tau pulak. Bukan setakat Si Nurul Izzah tu je yang dapat surat pelik - pelik ni. Ada jugak orang lain yang turut dapat surat macam tu.

Hari tu, Si Nurul Izzah ni katanya telah menerima satu surat layang yang mengaitkan dia dengan Zaid Ibrahim Al - Araki. 

Surat layang tu menyatakan bahawa sekarang ni ada usaha nak bawak Si Zaid ni kembali ke dalam pangkuan PKR dan Si Nurul Izzah ni jadi dalangnya.

Orang yang didakwa bertanggungjawab menyebarkan surat tersebut katanya dari pihak Timbalan Presiden PKR tu sendiri.

Sampai hari ini, isu pasal surat layang tu masih jugak tidak dijelaskan oleh Si Azmin Ali. Dia mengiyakan penglibatan dia pun tidak. Dan isu tu dibiarkan tergantung macam tu je.

Sama la macam aduan dan laporan yang dibuat mengenai penyelewengan dalam pemilihan jawatan PKR yang lalu. Pun dibiarkan diam macam tu je.

Itulah dasar keterbukaan dan ketelusan yang diperjuangkan oleh PKR sebenarnya. Bila ada isu yang berkaitan dengan parti diorang, diorang diamkan sahaja. 

Diorang nafikan hak ahli untuk mengetahui perkara sebenar. Kalau dah ahli sendiri pun dinafikan hak sedemikian, apatah lagi kita yang bukan ahli ni. Lagi la diorang tak ambik peduli!!!
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar terkejut apabila menerima sepucuk surat daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak kerana membuat tuntutan yang disifatkan sebagai “tidak masuk akal”.
Rita berkata, dia menerima surat yang dikirimkan oleh peguam Aidil itu daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara di sini pagi Khamis (pagi ini) ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.
“Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat tuntutan yang tidak masuk akal langsung,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Mengenai isi kandungan surat berkenaan, Rita memberitahu dia tidak boleh memaklumkan kepada umum kerana diminta oleh peguamnya yang mahu meneliti surat itu terlebih dahulu.
Kata Rita, peguamnya sedang memikirkan bentuk tindakan yang hendak diambil sebelum satu kenyataan boleh dibuat Rita kepada pihak media.
Ditanya adakah Aidil pulang selepas meninggalkan rumah lebih seminggu lalu, Rita berkata suaminya itu tidak berbuat demikian.

1 ulasan:

  1. ala Rita relex la. Saya kan boleh jadi penganti muahahahahahah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.