Halaman

Jumaat, Januari 20, 2012

PAS KINI IBARAT KELDAI???


Ish! Tak baik sungguh orang yang kata PAS ni sebagai keldai yang hanya mampu membawa kitab. Ada ke patut diorang cakap macam tu.

Soalnya sekarang ni bukan PAS tak nak pegang portfolio Hal Ehwal Agama tu sebenarnya. Diorang memang nak sangat.

Tapi ianya tidak selari dengan dasar perjuangan mereka. PAS sekarang dah tak memperjuangkan Negara Islam. Mereka hanya memperjuangkan Kebajikan rakyat.

Jangan pulak salah faham. Dulu diorang beria - ia nak menegakkan Negara Islam. Tapi, diorang gugurkan perjuangan tersebut sebab ianya tidak termaktub dalam Al - Qur'an.

Jadi, dasar perjuangan Negara Islam ni bukan satu tuntutan. Sama la jugak dengan hak untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam ni. Ia juga bukan satu tuntutan dalam Al - Qur'an. 

Lagi pun, yang penting buat PAS sekarang ni bukannya perjuangan Islam. Tapi perjuangan untuk menjaga Kebajikan rakyat. Apa gunanya diorang nak jaga Hal Ehwal Islam!!!
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Pas kini diibaratkan seperti keldai yang membawa kitab ajaran Islam dalam pakatan pembangkang berikutan kegagalan parti itu mengekalkan portfolio Hal Ehwal Agama di Selangor yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr. Hasan Ali setelah digugurkan daripada jawatan itu Jumaat lalu.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perkara itu amat memalukan serta merugikan Pas kerana pengambilalihan portfolio tersebut oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan PKR dan sekutunya DAP tidak lagi mempercayai Pas.
Menurutnya, perkembangan terbaru di Selangor itu menunjukkan PKR serta DAP sekali lagi berjaya mengetepikan peranan Pas daripada terus memperjuangkan perkara penting berkaitan agama seperti isu murtad, penjualan arak serta perjudian di negeri ditadbir pembangkang.
"Sebelum ini, di Pulau Pinang, ADUN Pas di Permatang Pasir iaitu Salleh Man langsung tidak diberi apa-apa portfolio walhal pakatan pembangkang dahulu menjanjikan beliau jawatan Exco Hal Ehwal Islam atau Pengerusi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang tapi sampai saya sudah keluar PKR pun Salleh tidak diberikan jawatan itu.
"Ini satu penghinaan besar kepada Pas kerana dalam al-Quran, Allah ada berfirman bahawa akan ada masanya kita melihat pihak yang sepatutnya memperjuangkan Islam diketepikan daripada tanggungjawab itu ibarat keldai yang membawa kitab, bawa sahaja tapi kuasanya tidak ada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

3 ulasan:

  1. NA.Jis kata dia tak jaga Selangor, jadi tak leh bagi komen laaa. Kato dio, dia jago Klate joh! Pe daa yg selama ni dok bagi fatwa busuk seluruh negara sebagai menegak negara Islam kini dia kato 'Ambo jago Klate, jadi tok leh bagi komen kerana mereko ada kerajaan sendiri'.

    NA.Jis lari doh!!! Apo nok kato kat dlm khutbah nanti haaaa, blum lagi kena soal di akhirat.....AMBO TOK JAGO DUNIA!!!

    BalasPadam
  2. KORANG(PAS)MAINKAN AL QURAN DAN SEKARANG KORANG TELAH DIAIBKAN...
    IN FUTURE KORANG AKAN JADI PASIR DI TEPI JALAN...

    PEJUANG HAMAS...

    BalasPadam
  3. kerana nak menang pru nanti terpaksa jadi keldai.inilah politik.umno sedang membangun kerana islam tapi pas mahu mambangun bersama islam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.