Halaman

Isnin, Januari 23, 2012

ADUN BERSERAH MEMALUKAN SI WALI TEROMPAH!!!


Ini bukan cerita baru. Tapi cerita ni menarik perhatian beberapa orang rakan Semut apabila mereka membincangkannya baru - baru ni.

Mengimbau kembali kenyataan yang dibuat oleh ADUN Berserah ni, nampak macam dia cuba untuk menyindir Si Wali Terompah tu.

Kata dia, PAS sewajarnya memberikan laluan untuk muka - muka baru bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Dia juga turut menyatakan bahawa dia akan berasa lega jika nama dia tidak dicalonkan semula dalam PRU akan datang sebab faktor usia tidak membenarkan dia bergerak aktif.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Syed Moham­med Tuan Lonnik mengakui pengundi di kawasan Beserah tegar memilih Pas, namun beliau lebih rela mengundur diri kerana tidak sanggup me­me­gang amanah sebagai ­wakil rakyat atas faktor usia.

Syed Mohammed juga mahu calon muda yang bersemangat untuk memastikan Beserah terus kekal menjadi milik Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.



“Saya lega jika tidak tercalon pada pilihan raya akan datang kerana dalam usia sekarang, saya sudah tidak mampu untuk bergerak aktif.



“Saya tidak mahu kerana mengejar jawatan, saya gagal menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, kelmarin.
Itu dia, yang baru berusia dalam lingkungan umur 60an. Tapi Si Wali Terompah tu yang dah masuk lewat 80an, kenapa dia masih tak sedar diri lagi?

Kenapa Si Wali Terompah tu masih lagi Gila Kuasa dan nak bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang? Siap nak jadi Menteri Besar lagi tu.

Dia sama ada Gila Kuasa atau memang benar hakikat bahawa PAS memang keTANDUSan dalam barisan saf kepimpinan muda. Itu sahaja jawapannya.

Buat Si Wali Terompah tu, sudah - sudah la. Cukup - cukup la nak pegang jawatan ni. Bagi la kat orang lain pulak. Bawak - bawak la kadar ke diri tu sikit!!! Duduk je kat rumah, jangan nak menyusahkan orang!!!

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah...

    SH,

    sampaikan ucapan SYABAS Tuan Syed Muhammad krn berpijak nyata di bumi Allah SWT.

    kita kalau dah lanjut usia perlu sedar diri, kudrat & iradat dah tidak bersama kita. elokla berundur sebelum terundur...

    heran jika ada yg dah lepas 63 tahun (umur Rasulullah wafat) tp masih gedebe nak tongkat langit politik!!

    BalasPadam
  2. masa tun mahadir jadi pm, dia orang ni melalak kata tun nak jadi pm sampai mati ,kat puak2 dia boleh pulak

    BalasPadam
  3. Bagila dia pegang sampai mati..... Yg nak kecoh2 watpe

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.