Halaman

Isnin, Januari 23, 2012

KISAH BEKAS PAK MENTERI DAN SANDWICH CHINADOLLS!!!


Bagi mendapatkan tandatangan  pada surat permohonan dan juga untuk lain-lain kontrak membekalkan kepada kementeriannya satu ketika tidak berapa lama dahulu, si pembekal yang berminat dikehendaki menyediakan pelacur dari Republik Rakyat China dan beberapa biji pil viagra.

Ini kerana Menteri tersebut ketika itu didakwa gemar mengadakan hubungan seksual dengan 2 orang pelacur dari China sekaligus. Bukan dari pelacur dari Bollywood walaupun Bollywood lebih sesuai dengan karektornya.

Lokasi dan stok akan disediakan oleh beberapa kumpulan usahawan berketurunan cina dari utara tanah air yang amat dipercayai oleh  Bekas Menteri itu. Lokasinya di sebuah hotel suite terkemuka di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

Modus operandinya simple. Usahawan-usahawan tersebut akan menyediakan sekumpulan 3 ke 6 orang pelacur dari China bermula dari jam 6 petang di suite kebiasaan mereka. 

Menteri itu akan tiba bergantung kepada kesesuaian waktunya dan akan memilih dua daripada pelacur-pelacur yang ada, kemudiannya menelan setengah biji pil viagra dan masuk ke dalam bilik.

Usahawan-usahawan itu kemudiannya akan menggunakan baki pelacur yang tidak terpilih oleh Menteri tersebut sambil berjudi sementara menanti Menteri itu selesai. Selalunya tidak lama, hanya dalam lingkungan 40 minit ke satu jam.

Apabila keluar daripada bilik, Menteri ini sudah siap mandi dan menandatangani apa-apa yang perlu diminitkannya sebelum terus beredar.

Bagaimanapun itu cerita sedekad lebih yang lalu.

Bekas Menteri ini kini mendakwa PAS adalah parti politik terbaik dan Husam Musa adalah ahli politik paling bersih. Bekas Menteri ini kini sibuk ke sana dan ke mari untuk mengumpulkan kekuatan bagi menggulingkan YAB Dato’ Seri Najib Razak dari terus menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya umum ke 13.

Tidak diketahui sama ada tindakannya untuk menggulingkan Najib Razak adalah kerana beliau benar-benar kecewa dengan Perdana Menteri Malaysia itu atau kerana kisah ‘Sandwich China Dolls’ nya itu diguna oleh pihak tertentu dalam kepimpinan pembangkang untuk menekannya melakukan apa yang sedan dilakukannya sekarang.

Apa yang pasti beliau kecewa kerana segala usahanya melobi untuk menjadi pengerusi sebuah syarikat milik kerajaan tidak dilayan oleh Perdana Menteri. - TendangMamatTu

Ps: Agak - agak korang, siapa la Bekas Pak Menteri yang dimaksudkan tu ek? Rasanya, semua orang boleh agak siapa, ye tak.

Tapi, apa - apa pun kita tunggu dan lihat tindak balas dari diorang. Bak kata pepatah, Siapa Yang Makan Cili, Dia La Yang Rasa Pedas!!!

3 ulasan:

  1. Ni kisah Mr BowTie ni...
    Tempat tu mungkin di Concorde KL...
    Kalu x caya tanyalah bekas setpol dia...azizan yg jugak kaki betina tu!

    Mr Bow = Mr Boh (boh la! bukan tea...) ...

    BalasPadam
  2. Mr BowTie??? ha.........aku tahu sapa Bowboh KoTie tu!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. I do accept as true with all the ideas you've presented for your post. They are very convincing and can certainly work. Still, the posts are too short for starters. May you please lengthen them a little from subsequent time? Thanks for the post.
    Feel free to visit my web blog : mortgage calculator

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.