Halaman

Ahad, Januari 15, 2012

AMIBGA KATA PERASUAH KECIL TAK PERLU TINDAKAN???

Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan berkata Pakatan Rakyat perlu mengemukakan rancangan pengampunan kepada pelaku rasuah sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

"Kita mesti hukum perasuah besar tapi boleh maafkan perasuah kecil supaya kita boleh langkah ke depan tanpa halangan," katanya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Alor Setar hari ini.

Beliau memberi cadangan demikian dengan mengambil contoh daripada pengalaman Hong Kong ketika menubuhkan badan anti rasuah ICAC.

Berucap dalam sesi sesi suara nurani rakyat Malaysia dalam konvensyen itu, Ambiga turut menyarankan supaya Pakatan menyediakan dasar untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan kes kematian melibatkan agensi awam.

Beliau mengambil contoh proses perdamaian Afrika Selatan melalui pembentukan suruhanjaya untuk mencari kebenaran dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock dan Sarbaini Ahmad.

"Saya mahu tahu apakah pendirian Pakatan dan dalam hal pembentukan commision of truth and reconciliation ini," katanya

Jelasnya, kes berkenaan bertujuan untuk membolehkan anggota keluarga terlibat mendapat keadilan.

Ps: Jadi dalam erti kata lain, kalau setakat rasuah kecil - kecilan ni ok lagi la ye? Yang mana melibatkan kronisme dan sebagainya boleh la dilupakan.

Sebagai contoh kes projek yang dapat disakau dek isteri Si Nga Cork Ming tu. Kes tu boleh la dilupakan sebab ianya kategori 'rasuah kecil'.

Sama jugak dengan kes raba nenen yang dibuat oleh anak Si Biawak Guan Eng tu. Setakat bagi duit sebanyak RM200ribu apa la sangat ye tak. Pun boleh dimaafkan jugak.

Tu pun termasuk la kes yang melibatkan bos kepada Teoh Beng Hock yang memang dikaitkan dengan aktiviti rasuah. Pun perlu dimaafkan sebab ianya 'rasuah kecil'.

Jadi, lepas ni mana - mana taukeh pasir, balak dan seangkatan dengannya nak bagi rasuah, bagi la dalam bentuk kecil - kecilan sebab ianya tak salah bagi puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Semua tu dikira sebagai rasuah kecil kata dia!!!

2 ulasan:

  1. Ni propaganda nak pancing undi rakyat terutama sekali badan penguatkuasaan beruniform la.

    BalasPadam
  2. dlm kata lain, makan babi banyak haram, makan babi sikit tidak haram..
    minum arak banyak, tidak boleh, minum arak sikit, boleh.
    liwat banyak kali tidak boleh, liwat sikit2 boleh...
    cis! pergi mampusla bersama PAS!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.