Persoalan yang harus dijawab Datuk Dr Mansor Othman mengenai kelayakan beliau yang menjawat jawatan sebagai Adun dan TKM 1 boleh memiliki rumah flat kos rendah berharga RM 25 ribu di Teluk Kumbar .
Seperti kita sedia maklum , sebarang pemohonan pembelian rumah kos rendah di negeri ini hendaklah melalui Bahagian Perumahan Pejabat SUK , adakah seorang TKM yang bergaji puluhan ribu setiap bulan pun layak memohon dan membelu rumah kos rendah ??
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman pula memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000.
Mansor juga memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 serta sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000
Kesian rakyat P.Pinang yang belum miliki rumah sendiri lagi ...
Pemimpin yang mempunyai kereta mewah Toyota Camry RM 140 ribu & Saham ASB bernilai RM 157,819 pun boleh beli rumah kos rendah ... ...hahaha.. kira hebat la ....memang betul2 berjiwa rakyat kerana pemimpin besar seperti ini jarang beli rumah kos rendah .
Patut la rakyat negeri ini yang memohon membeli rumah kos rendah di melalui pejabat SUK merungut menunggu giliran mereka ., rupa-rupanya pemimpin kerajaan kroni diutamakan dahulu ..hahaha
Ps: Jangan salah sangka. Sebenarnya Si Mansor Othman tu nak menjalani kehidupan secara zuhud yang dianjurkan oleh Khalifah Biawak dia selama hari ini.
Biar pun dia pakai kereta Camry, gaji besar sebagai Timbalan Ketua Menteri, ada saham sana sini. Tapi duduk rumah flat. Kira zuhud la tu.
Nak tunjuk kat rakyat yang dia pun duduk rumah biasa je. Tak de la duduk banglo mewah macam pemimpin lain.
Tu belum dia tunjuk makan nasi bungkus dan ambik air sembahyang kat tepi sungai. Kalau dia buat macam tu, tak de chan la Si Wali Terompah tu nak lawan dia!!!
Bila lagi Ketua2 Bahagian UMNO, ADUN2 & Ahli2 Parlimen UMNO, MAC, Gerakan, MIC, ..BN..di Pulau Pinang nak istiharkan harta2 'karun' hasil rompakan hak rakyat tu?
BalasPadamBeranikah najib keluar arahan istiharkan harta ketua2 lanun UMNO/BN diseluruh negara? Biarlah rakyat nilai dasar kapitalis UMNO/BN selama ini menjaga rakyat atau kroni!