Halaman

Jumaat, Januari 20, 2012

AZMIN BAWAK MAZHAB BARU PECAHKAN PEJABAT MB???

...Teruja Nurul Izzah Tengok 'Ayah Min' Turun Dari Langit...
Wah!!! Dah nak gantikan Ayah Pin pulak ke Si Azmin Ali ni? Pula gila nak pegang kuasa sampai terpaksa dia cipta Mazhab baru.

Tapi adakah benar Kuasa yang dipegang oleh Si Azmin Ali ni lagi besar dari kuasa Si Khalid Gagap tu sampaikan Pejabat Menteri Besar pun dapat dipecah masuk?

Ternyata, puak - puak PKR ni memang tak boleh nak diberi kuasa lansung. Baru dapat pegang kuasa sikit, dah berebut - rebut sesama sendiri.

Itu baru dia dapat pegang satu Negeri. Dah gila kuasa tak tentu arah. Korang bayangkan kalau diorang dapat pegang satu Malaysia. Mau punah ranah dikerjakan dek diorang ni!!!
Di kalangan rakan-rakan PKR pun sedang pening kepala sebenarnya. Dalam usaha mempertahankan, mendewakan dan mengagungkan ANWAR; rupanya sudah ada perang saudara di antara aktivis dan penyokong-penyokong ini. Pelik tetapi benar. Susah juga nak ‘manage’ dan perbaiki keadaan ini. Anwar sendiri tidak mampu nak selesaikan ‘perbedaan pendapat’ di kalangan penyokong-penyokong yang ada ini.
Penggerak Reformasi sekitar tahun 1998 – 2008 sebenarnya masih mengakui lingkaran sokongan Anwar. Orang lama. Yang kononnya sudah terbukti sanggup ‘hidup mati; timbul dan tenggelam’ bersama Anwar. Mereka ini jugalah yang sudah mula mendaki pelbagai jawatan di dalam parti dan kerajaan Negeri milik PKR. Aktivis reformasi ini sangat ‘possessive’ dan sentiasa sahaja beranggapan Anwar milik mereka. Mereka sudah bersama Anwar; sejak Anwar dalam penjara lagi.
Namun, wujud kumpulan baru yang tidak mahu sangat diikat dengan gelaran aktivis reformasi. Pada mereka, aktivis reformasi sudah tidak lagi ‘in’ dengan banyak perjuangan baru yang lebih utama dan penting. Aktivis reformasi sudah digambarkan sebagai kelompok ‘oportunis’ yang sudah terlalu galak mencari kekayaan dalam parti.
Kumpulan aktivis baru yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Aktivis 901′ mahu membawa arus perjuangan baru. Yang tidak terikat dengan budaya UMNO yang ada dalam PKR. Ketua Mazhab Reformasi ini pastinyalah Azmin Ali. Azmin lah yang boleh menentukan ‘who gets what? when? and how?’ di Selangor. Surat sokongan Azmin lebih berharga daripada surat sokongan EXCO Negeri. Malahan, Azmin boleh menentukan proposal siapa yang sampai ke meja UPEN, Selangor. Ada ketika, pejabat MB pun boleh di bypass oleh Azmin.
Khalid mesti faham, bahawa Azmin menggunakan alasan bahawa dia lebih perlu ‘dana politik’ berbanding MB. Puak reformasi yang sekian lama bergantung di talipinggang Azmin ramai. Malahan, ada seorang penggerak reformasi mengatakan – Azmin memerlukan hampir RM300,000 setiap bulan (bagi memastikan semua penggerak reformasi mendapat habuan secara bulanan. Ada yang dapat RM2k. Ada yang dapat RM3k. Bulanan.
Sebab itu Azmin mendapat lesen besar untuk bermaharajalela di GLC milik Kerajaan Negeri Selangor. Azmin adalah ‘nerve centre’ kepada gerakan politik. - Gelagat Anwar

1 ulasan:

  1. Salam Tuan , harap dapat tuan link kan blog sy ke blog hebat tuan , blog tuan tlh sy link kan ke blog saya http://gombakharapan.blogspot.com

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.