Halaman

Jumaat, Januari 20, 2012

MERAH MATA SI MAK LAMPIR BILA TENGOK GAMBAR KAK IJAT!!!


Haduh!!! Mau tercabut bijik mata Si Mak Lampir Zuraidah tu bila dia tengok gambar Datuk Seri Sharizat disambut Wanita BN di Temerloh ni.

Dia dengan Si Rafizi tu punya la seksa nak memburuk - burukkan imej Kak Ijat dihadapan mata rakyat terutama sekali dikalangan ahli Wanita secara keseluruhannya.


Tapi, apakan daya. Usaha diorang sia - sia belaka sebab sambutan yang diberikan adalah diluar jangkaan. Umpama gelombang merah menenggelamkan dia pulak dah gayanya.

Sebelum ni, Semut tak nak komen sangat pasal isu NFC ni sebab Semut sendiri pun tak tahu apa isi ceritanya.Sekadar dengar cerita dihujung telinga je.


Tapi bila Kak Ijat ambik tindakan memfailkan saman terhadap Si Rafizi dan jugak Si Mak Lampir tu, terasa gatal jugak la tangan nak bagi komen.

Sebab semua orang tahu yang isu pasal NFC ni tak de kaitan dengan Kak Ijat secara lansung. Kebetulan, syarikat yang mengendalikan projek tu milik suami dia.


Maka, perkara itu dibangkitkan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni dan turut mengheret nama Kak Ijat sekali.

Walaupun diorang kata yang diorang ada bukti kukuh mengenai penyelewengan projek NFC tu, itu cerita lain. Saman yang dibuat Kak Ijat ni ialah saman fitnah.

Jika betul diorang ada bukti yang mengaitkan Kak Ijat dengan syarikat tu, boleh la didedahkan dalam mahkamah nanti. 

Tapi, kalau tak ada la nama Kak Ijat dalam senarai ahli lembaga pengarah, masa tu makan pasir je la diorang jawapnya!!! Jangan masa tu, diorang puas nak merayu agar mahkamah dapat kurangkan jumlah saman tu sudah la!!! Baru padan muka diorang!!!

2 ulasan:

  1. Secara teknikal....dia orang boleh bersedia makan batu bata. Makan pasir kot tak kenyang lak!

    BalasPadam
  2. memang padan muka mak lampir ngan rafizi gila tu, patutnya kat ijat sama rm250 juta, sama dengan fitnah dia orang. tapi tak per, abang nuar boleh bayar punya. duit dalam bank luar negara bertimbun-timbun.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.