Halaman

Ahad, Januari 15, 2012

DARI GELARAN NABI JADI 'KERAMAT HIDUP' PULAK!!!


Macam - macam perumpamaan dilemparkan semata - mata demi nak mengagung - agungkan seorang manusia biasa macam Si Wali Terompah ni.

Hari tu, salah seorang pengikut fanatik dia mengatakan yang dia ni boleh diibaratkan sebagai Nabi. Tapi, dia sendiri sangkal gelaran tersebut.

Kata dia, bagi orang yang nak menyamakan diri dia dengan Nabi tu sama dengan orang yang kufur. Dalam erti kata lainnya, pengikut dia tu kufur la jugak.

Jadi, disebabkan mereka tak nak jadi golongan orang yang kufur, maka diorang ubah gelaran tersebut kepada 'Keramat Hidup'.

Apa maknanya 'Keramat Hidup' ni? Meh baca dan fahami apa yang telah disampaikan oleh salah seorang Ahli Parlimen mereka semalam:
Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menjemput "keramat hidup" itu untuk berucap, turut menceritakan semula saat genting ketika Nik Abdul Aziz dibawa untuk menerima rawatan di hospital sebelum ini.

Nik Abdul Aziz, 81, telah menceritakan semula pengalaman ketika jantung beliau berhenti berdegup untuk beberapa ketika, kata Wan Abdul Rahim.

"Mungkin itulah apa yang digambarkan oleh Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasa lepas... Beliau kemudian ditarik turun dan jantung beliau berdenyut semula.

"Saya kata Allah turunkan dan amanahkan kepada Nik Aziz untuk lakukan sesuatu yang besar kepada rakyat.

"Beliau perlu bersama untuk bawa kita ke Putrajaya," kata Wan Abdul Rahim lagi yang mengetuai laungan takbir beberapa kali.
Dalam erti kata mudahnya, Si Wali Terompah ni amat diperlukan sebab dia dianggap sebagai seorang 'Utusan' yang sangat diperlukan manusia pada ketika ini.

Maknanya, adalah sukar bagi puak - puak Pakatan Pembangkang tu nak menawan Putrajaya tanpa kehadiran Si Wali Terompah ni.

Kejayaan mereka untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang juga merupakan ketentuan Si Wali Terompah ni. Bukannya ketentuan Allah S.W.T.

Dan kebiasaannya, itulah yang dimaksudkan dengan 'Keramat Hidup'. Seorang manusia yang mampu mengubah sesuatu tanpa bergantung kepada ketentuan Allah.

Jadi tak heran la kalau lepas ni, seandainya Si Wali Terompah tu meninggal dunia, ada pulak puak - puak Pakatan Pembangkang tu yang pergi ke kubur dia dan memuja - mujanya. Sebab itulah yang dikatakan sebagai 'Keramat Hidup'!!!

4 ulasan:

  1. kalau masih hidup dah jadi keramat hidup
    mungkin kalau dah mati kubur Nk Aziz akan
    jadi kubur keramat kepada ahli Pas melakukan khurafat memohon sesuatu hajat. Begitulah tabsudnya penyokong pas berpolitik dengan memuja pemimpin berlebihan

    BalasPadam
  2. bukan ke nak cakap nik aziz tu mayat hidup? Dah mati bgun semula? Jgn la kita umat islam mendukung BIAWAK HIDUP seperti Nik Ajis ni lagi, bnyak lg tugas kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ini.

    BalasPadam
  3. Jgn jd bodoh. Maksud keramat hidup adalah orang yg berperangai baik, ikhlas dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang

    BalasPadam
  4. Tanpa nama...statement anda tu mmg maksud sebenar atau kefahaman anda sahaja.. . Jgn komen ikut nafsu...arah akan memesomgkan....cara anda komen menunjukkan anda mmg taksub dan membabi buta.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.