Halaman

Ahad, Januari 15, 2012

KENAPA PELUH DINGIN KARPAL WHILCHAR SEMAKIN KELIHATAN???

Sekali lagi Peguam Bela Karpal Singh mengesa Peguam Negara agar tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membebas dan melepaskan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Karpal yang juga Ketua Peguam Bela Anwar berkata perbicaraan itu sudah memakan masa yang cukup lama dan patut dihentikan untuk kebaikan semua.
“Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Saiful melalui kenyataan media bapanya, Azlan Mohd Lazim baru-baru ini memohon kepada Peguam Negara agar merayu kes ini ke Mahkamah Rayuan demi untuk mendapat keadilan anaknya.
Karpal tidak bersetuju dengan permohonan rayuan Saiful itu dan menggesa agar pihak Peguam Negara tidak meneruskan rayuan demi maruah Anwar.
“Cukup malang perkara berkenaan telah berlarutan hingga ke peringkat ini buat Saiful, tetapi sebaiknya negara dan semua terlibat menghentikan penghinaan terhadap Anwar dan keluarganya dan terus bergerak menangani isu-isu politik yang lebih penting yang menyentuh setiap orang,” katanya.
Kenyataan Karpal itu membayangkan kerisauannya, terutamanya berkaitan dengan isi kandungan penghakiman bertulis yang bakal terdedah kepada umum sekiranya rayuan dibuat.
AIDCNews 11 Jan, melaporkan Sebaik sahaja Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membacakan keputusan lisan yang tidak sampai lima minit, 9 Jan, dengan keputusan membebas dan melepaskan Anwar, Karpal Singh terus mencadangkan agar pihak pendakwa tidak membuat rayuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
“Saya harap Peguam Negara tidak memfailkan rayuan kerana ini bukan kes yang sempurna untuk dirayu.
“Keputusan itu sepatutnya dibiarkan begitu sahaja,” katanya kepada para pemberita seperti dilaporkanMstar.
Sikap Ketua Peguambela Anwar dianggap aneh kerana berusaha menutup ruang keadilan kepada pengadu, sedangkan sepanjang prosiding itu berlangsung sebanyak 55 kali penangguhan yang majoritinya dilakukan oleh pihak Anwar sehingga kes itu memakan masa hampir 3 tahun.
Malah dalam setiap permohonan Anwar di mahkamah seperti mendesak hakim yang mendengar kesnya digugurkan atas dakwaan berat sebelah, walaupun ditolak di Mahkamah Tinggi, Anwar membuat permohonan lain merayu ke Mahkamah Rayuan.
Dalam sesetengah permohonannya, jika Mahkamah Rayuan juga menolak, Anwar terus merayu ke mahkamah paling tinggi iaitu Mahkamah Persekutuan.
Persoalannya, kenapakah apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang menyebelahi Anwar, Karpal pula menutup ruang keadilan kepada pengadu ?
Ps: Inilah hasil perjuangan KEADILAN yang menjadi dasar kepada puak - puak Pakatan Pembangkang selama hari ini.

Kalau diorang buat tuntutan, adil. Kalau diorang buat rayuan, adil. Kalau diorang buat permohonan untuk tangguhkan kes, adil.

Tapi bila mangsa liwat mintak agar kes tersebut dirayu ke mahkamah rayuan, ianya dinafikan. Adakah itu yang dinamakan sebagai Keadilan?

Dalam Islam, nak mudah cerita macam ni senang sahaja. Kalau dah semua sistem yang ada tidak boleh dipercayai, maka berserahlah kepada Allah S.W.T.

Buat je majlis angkat sumpah mubahalah dan berserah kepada ketentuan Allah sepenuhnya dengan hati yang ikhlas dan redha kepada KeadilanNya.

Tapi kalau Keadilan Allah S.W.T pun turut diragui, memang tak boleh nak buat apa la. Itu biar lantak dia la. Nanti dia jugak yang tanggung sendiri!!! Nak libatkan orang lain, menda jadahnya pulak!!! Buat mengabihkan masa je!!!

2 ulasan:

  1. Proses mencari keadilan harus diteruskan sahingga ke Mahkamah Rayuan, sahingga pihak Anwar tidak ragu2 bahawa Anwar 100% benar2 bersih. Manakala Saiful betul2 mengerti mengapa mahkamah tidak melihat beliau sebagai saorang individu yg teranianya atau benar.
    Telah diumumkan bahawa Mahkamah Rayuan kini akan mempunyai 5 hakim.
    Perbicaraan Saiful/Anwar yg telah memakan masa lebih 3 tahun tidak harus diputuskan dgn beberapa baris hujah/kesimpulan KEPUTUSAN sahaja.
    PENGHAKIMAN BERTULIS harus dikemukakan dgn penuh
    kpd Mahkamah Rayuan untuk diteliti,dihalusi dan diperincikan segala kandonganya, bertujuan mencari KEADILAN serta melatekan mertabat PROSES PERUNDANGAN SERTA PENGHAKIMAN benar2 tinggi,mulia lagi dihormati.
    Majlis Peguam meminta rayuan tidak dibuat. karpal Singh juga meminta perkara yg sama. Manakala Anwar pula tak kisah tentang rayuan malah mencabar rayuan bolih dibuat.
    ManakalA pihak yg rasa benar2 teraniaya ialah Saiful serta keluarga. Mereka telah merayu kpd pihak2 tertentu agar diberi peluang mendengar dan membawa kes mereka di Mahkamah Rayuan.
    BAGAIMANAKAH KEPUTUSAN YG AKAN DI AMBIL OLIH SATU MASYARAKAT BERTEMADUN, ADIL SERTA PROGRESSIF? terhadap Saiful.

    BalasPadam
  2. saiful berhak membuat rayuan sebagai rakyat malaysi mengape dinafikan hak...teruskan setpol

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.