Halaman

Jumaat, Januari 13, 2012

MAKI HAMUN PULAK JADI TUNTUTAN ISLAM???


Jauh. Memang jauh sangat dah diorang ni menyimpang dari ajaran sebenar mengenai agama. Sampai semua benda halal mengikut cara mereka sendiri.

Apa yang diorang buat, walaupun ianya salah dari sisi agama serta tuntutan syariah dikatakan betul belaka. Inilah Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Kalau sebelum ni, mereka kata nyanyian yang dibuat diluar mahkamah tempoh hari seumpama nak sambut seorang Nabi yang dibebaskan.

Sekarang mereka kata maki hamun yang dilemparkan dalam nyanyian tersebut merupakan satu tuntutan dalam Islam.

Bagi diorang maki hamun dan sumpah seranah tu diibaratkan sebagai satu tuntutan sunatullah dalam perjuangan mereka.
Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901?  Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…
Ini jawapan spontan saya….
Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...
Kononnya sebab mereka telah dizalimi, maka mereka berhak untuk memaki hamun sesiapa sahaja yang menzalimi mereka.

Mungkin mereka ni tak pernah baca kisah diantara Abu Zar Al Ghifari dengan Rasulullah S.A.W yang mengemukakan satu soalan.
"Wahai Abu Zar, bagaimana pendapat mu bila berjumpa dengan para pembesar yang bertindak tidak adil kepada mu?" Jawapan Abu Zar, "demi Zat yang mengutuskan Tuan dengan kebenaran, akan saya tebas mereka dengan pedang ku!" Sabda Rasulullah pula: "Mahukah kamu saya berikan jalan yang lebih baik yakni bersabar sampai kamu menemuiku."
Dalam kisah itu, Rasulullah S.A.W telah berpesan kepada Abu Zar R.A agar banyakkan bersabar dengan apa sahaja tindakan yang dikenakan keatas mereka sehingga bertemu dengannya di akhirat kelak.

Persoalannya, adakah benar ianya menjadi tuntutan sunatullah untuk mereka memaki hamun orang lain? Adakah ianya dibenarkan didalam Islam?

Nampak sangat diorang ni sebenarnya dah habis akal nak menjustifikasikan tindakan mereka yang berada diluar batasan dengan menghalalkan cara.

Sudah - sudah la menipu orang ni. Dah la diorang mengibaratkan Si Ketua Penipu peliwat tu dengan Nabi. Sekarang nak halalkan pulak bab memaki hamun ni dengan hukum sunatullah? Cari la benda lain yang nak di Politikkan. Jangan la agama pun korang nak Politikkan jugak!!!


10 ulasan:

  1. apabila agama di politikkan..yg salah bg pihaknye akn dikatakan betul..apabila ayat AL-QURAN diperbelitkan dan diputarkan...mewujudkan kesangsian bg yg jahil..."sudah terang lagi bersuluh" masih nk menegakkan benang yg basah..


    **sedangkan nabi di hina dan dicerca hanya di balas dengan senyuman dan bersabar..bukan dengan cacian hinaan..**

    BalasPadam
  2. Belaci2 UMNO nasihatkan supaya orang PAS bersabar saja terhadap kerajaan UMNO sekular zalim lagi menyesatkan. Tapi puak2 UMNO tak boleh bersabar dengan kerajaan Islam Kelantan.... siang malam dok maki hamun Tok Guru Nik ... bahkan ada yg terasa lebih alim & warak dari Tok Guru....

    Belaci2 UMNO kena nasihat juga kpd perkasa, pekida, dll..... yg tak reti bersabar, bermulut celupar tu .................

    BalasPadam
  3. biasa le musibat2 pas yang bertuhankan tok guru yang suka maki hamun orang...apa nak kisah.

    BalasPadam
  4. meLAYU oh meLAYU.....bila nak berKEMBANG.....pas hentam umno siap dgn surah2, ayat2 & hadis2, umno tibai pas pun macam tu jugak. politik tu politik la, awat islam ni pas & umno punya ka?

    BalasPadam
  5. Kita tak perlu marah dgn PAS, kita jauhi diri saja termasuklah jgn undi calon pilihanraya PAS atau PR.

    Kita dah tahu PAS melalui Nik Aziz membenarkan ahlinya jadi samseng, sebab Nik Aziz kata Tuhan (tuhan dialah, bukan Tuhan org2 Islam) pun samseng.

    Kelakuan samseng ni dah pun merebak kpd muslimat PAS. Yg lelakinya tak payah cerita dah, seantero Malaya dah tahu perangai diorang.

    BalasPadam
  6. Sebagai umat Islam kita harus menjadi contoh pada umat dunia. Bila sebilangan penduduk dunia memandang serong kepada umat kerana perbuatan saudara kita, kita sedih dan berang pada masyarakat asing dan menyatakan bukan semua umat Islam berwatakan begitu. Kita sedih apabila saudara kita di negara barat diperlecehkan kerana perbuatan segolongan ini. Saya sedih apabila polis dipanggil sebagai anjing kerana ada dikalangan mereka yang berkerja bersungguh-sungguh menyara anak dan menjaga keamanam negara. Generalization is uncalled for as it shows how inclusive a person's thought process is. I wonder how Rasullulah SAW will behave and deal with when is such a situation. My prayers is to see all Muslim united as the Malay proverb says " Bersatu teguh, bercerai roboh".

    BalasPadam
  7. Fitnah akhir zaman ini sungguh menakutkan. Ketahuilah bahawa jarak nak berlakunya kiamat adalah sejauh asar dan maghrib. Bertaubatlah sebelum terlambat.

    BalasPadam
  8. rentak lagu yg di gunakan tu mcm lagu gereja pulak.."When the saints go marching in" cuba search tajuk lagu tu dlm Youtube..

    BalasPadam
  9. didalam negara ini tiada siapa yang dizalimi.kecuali mereka sendiri yang menzalimi diri mereka[dengan perbuatan mereka sendiri].bila dah tersepit mereka salahkan kerajaan.pr pon tutup minda mereka dengan fitnah dan tohmah.kesian.

    BalasPadam
  10. didalam ALQURAN[aku terjumpa tapi tak tengok surah dan ayat no berapa sila rujuk semula]ada menyebut SETIAP APA YANG BERLAKU KEATAS DIRI MANUSIA ITU ADALAH DISEBABKAN MANUSIA ITU SENDIRI.dan menyebut HENDAKLAH KAMU BERFIKIR AGAR KAMU BERTAKWA.kalau kita dengar ceramah kadang kadang penceramah ada menyebut setiap yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari manusia itu sendiri[kita].dari itu kalau kita berfikir menggunakan akal fikiran kita sentiasa menyalahkan diri kita sendiri dan kalau kita berfikir menggunakan hati dan perasaan kita sentiasa menyalahkan orang lain.diharap fikir fikirkanlah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.