Halaman

Sabtu, Januari 28, 2012

NURUL IZZAH IKUT JEJAK SI TONY PUAKA!!!


Apa yang membuatkan puak - puak Pakatan Pembangkang ni merah mata bila melihat seorang usahawan Melayu berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al - Bukhary?

Sebelum ini, Si Tony Puaka tu telah membuat dakwaan dan menyifatkan yang Tan Sri sebagai kuasa memonopoli serta menjadi kroni kepada Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata beberapa sektor ekonomi yang dimonopoli kroni Umno-BN seperti pembekalan elektrik dan beras mengaut keuntungan berlipat kali ganda apabila berkuasa menentukan harga barang, namun dalam masa yang sama menikmati pemberian subsidi oleh kerajaan.
“Bayangkan jika sistem barangan cukai dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan, rakyat yang rata-ratanya berpendapatan sederhana dan ke bawah akan lebih merana,” katanya dalam perbincangan meja bulat GST dan Inflasi di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini malam tadi.
Beliau merujuk kepada satu-satunya pengimport dan pengedar beras, syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang dulunya milik kerajaan tetapi kini dikuasai syarikat swasta yang juga kroni Umno, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. - Klik Kat Sini.
Namun dalam masa yang sama, tak pernah pulak mereka melihat sumbangan yang diberikan oleh Syed Mokhtar melalui Yayasan Al - Bukhary.

Yayasan tersebut jelas memberikan manfaat serta keuntungan kepada seluruh rakyat Malaysia secara umumnya.

Dan malam semalam, tanpa diduga, ada juga seorang anak Melayu yang merah bijik mata dia melihat sumbangan yang besar diberikan oleh Tan Sri kepada rakyat.

Dengan mengagung - agungkan Tan Sri Robert Kok, Si Nurul Izzah ni juga turut mempertikaikan mengenai kenaikan harga gula di Malaysia.
Malam tadi di bertempat di Dewan MBSA, Jalan Kebun, Nurul Izzah menjulang nama Robert Kuok dan menghina usahawan sebangsa dengannya, Syed Mokhtar Al-Bukhari. Tergamak sungguh Nurul menghina bangsanya sendiri di kawasan perkampungan tradisi yang penduduknya 100% Melayu.

Dalam program yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Parlimen Kota Raja itu, Nurul Izzah menyifatkan bahawa Syed Mokhtar sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap kenaikan gula di Malaysia. Nurul Izzah bercakap bak sedap mulut, walhal klik SINI untuk mengetahui Tradewinds milik Syed Mokhtar bukanlah bukan monopoli tunggal dalam industri gula di Malaysia. - Klik Kat Sini
Tapi, apa nak heran dengan Si Nurul Izzah ni ye tak. Dia bukan boleh tengok orang lain membantu rakyat. Nak pulak bila orang Melayu sendiri yang buat.

Yang dia tau hanyalah mempertikaikan itu dan ini sahaja. Nak harapkan dia membantu rakyat, kirim salam je la!!! Kalau bab suruh menipu rakyat tu, boleh la dia buat sebab itu je yang dia tau!!!

3 ulasan:

  1. Sekolah tak habis, buat kenyataan tikam Melayu. Balik rumah tanya Mak kamu apa yang Papa kamu buat? Jangan asyik tikam Melayu aje. Itu agenda DAP.

    BalasPadam
  2. Setahu aku sugar king kat malaysia sekarang ni Felda.....apsal la puaka ni cakap sedap mulut jer....katak bawah tempurung ke hapa???...Aku sebagai ex felda pun sedih bila dgr org cakap Tradewind monopoli...padahal felda lagi power...tu belum aset2 lain lagi....Itu pun masih ada penyokong kote bengkok cakap felda bengkrap...mmg IQ tahap budak terencat akal la penyokong2 kote bengkok nih...

    BalasPadam
  3. Kesian minah ni. Sepatutnya umur2 macam seronok melayan suami dan anak2. Bergembira dengan nikmat yang Allah limpahkan. Ini asyik berburuk sangka, menghasut dan memfitnah. Kesian, kesian. Duit melambak2 tapi hati tak tenang pun. Apa nak buat Papa Hebat punya pasal!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.