Halaman

Jumaat, Mac 16, 2012

KHALID GAGAP SERABUT JADI HANTU!!!


Hahaha!!! Memang serabut la muka Menteri Besar Badut ni. Tambahan pulak bila wujudnya konspirasi dalam pejabat dia sendiri.

Belum pun reda isu berkaitan dengan penyelewengan dalam kontrak pasir dan Yayasan Selangor, dah timbul pulak satu lagi isu baru seperti ini.

Tu belum campur isu saman yang difailkan oleh Datuk Nuh omar lagi. Bertambah serabut la dia jadinya. Tapi dalam serabut - serabut dia tu, ada jugak orang yang tersenyum.

Siapa lagi kalau bukan Si Azmin Ali tu. Dia memang tunggu - tunggu peluang macam ni timbul. Lagi cerah impian dia untuk jadi Menteri Besar pulak lepas ni.

Tapi apa nak pelik ye tak. Allah S.W.T Maha Adil dan Maha Mengetahui. Tak mustahil kejadian ini menimpa hasil khifarah daripada Allah S.W.T jugak. Inilah akibatnya kalau suka sangat buat benda yang bukan - bukan!!! Akhirnya menimpa diri sendiri!!!
Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.



Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.



Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.



Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.



"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.