Halaman

Khamis, Mac 15, 2012

SI JAMBU RAFIZI HANYA MEMBOGELKAN DIRI SENDIRI!!!


Umum tahu bahawa sikap puak - puak Pembangkang ni memang suka memutar belit satu auta sehingga ianya menjadi fakta buat santapan rakyat.

KONONnya, mereka nak memperjuangkan Keadilan, tapi dalam masa yang sama mereka juga GAGAL menegakkan Keadilan buat diri mereka sendiri.

Mereka kata mereka memperjuangkan hak Kebebasan Bersuara padahal mereka sendiri menghalang ahli dari mengkritik parti sendiri.

Kali ini, kita siarkan satu lagi sikap Retorik umpama sampah yang dilaung - laungkan oleh Pakatan Pembangkang terutama sekali dari Si Jambu Rafizi ni.

Dia KONONnya nak memperjuangkan integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dikalangan pemimpin.

Tapi dalam masa yang sama, dia sendiri telah mencemar integriti serta tanggungjawab itu sendiri apabila dia cuba memfitnah Perdana Menteri baru - baru ini.

Niat dia nak tuduh Perdana Menteri pecah amanah. Tapi bukankah usaha dia dalam mendapatkan maklumat berkaitan perkara itu juga merupakan satu tindakan pecah amanah?

Sebelum ini, telah dimaklumkan bahawa individu yang memberikan maklumat buat Si Rafizi ini sudah dikenal pasti. Cuma ianya akan diumumkan tidak berapa lama lagi.

Jadi, adalah wajar sekiranya pihak Shangri - La yang mengetahui mengenai perkara ini mengambil langkah yang sewajarnya. 

Saman Si Rafizi ni kerana usaha dia tu dah mencemar integriti pihak hotel dan memburukkan imej mereka. Jika tidak, maka tidak salah jika nama baik mereka akan tercemar selepas ini.

Pelanggang - pelanggan pun akan hilang kepercayaan terhadap integriti hotel kerana khuatir maklumat berkaitan dengan acara mereka juga akan didedahkan.

Adakah itu yang mereka mahukan? Kalau tanya kepada Si Rafizi tu, dia peduli apa kalau hotel tu hilang integriti. Sedangkan dia sendiri pun tak de integriti, lagi dia nak sibuk pasal orang lain??? Jangan harap la!!!

1 ulasan:

  1. Mengapa manusia sorang seperti ni boleh menjadikan negara jadi kacau. Semua pemimpin terpaksa menjawab segala apa yg dia cetuskan. Mengapa tiada dikalangan kita jadi macam makhluk rafizi ni yg attack kow kow, kepimpinan negeri pembangkang?mesti ada kalau kita cari penyelewngan yg belaku. Dan kita tubi2 highlight.. Tngk isu nfc, ternyata kita kalah bila di asak cukup2.. Kita patut ada spy@informer utk dpt info..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.