Halaman

Sabtu, Mei 19, 2012

ADA JUGA YANG PECAH MUKA NI NANTI!!!

Gambar Hiasan
Kalau perkara ni menimpa puak - puak Pakatan Pembangkang, dah tentu - tentu diorang akan salahkan UMNO yang menjadi penyebab.

Itu sebab diorang ni memang tak reti nak redha dengan apa yang berlaku. Diorang tak sedar sebab kenapa diorang diperlakukan sedemikian rupa.

Diorang lupa yang diorang dah banyak menyusahkan rakyat dan menipu je kerjanya. Macam dah tak de kerja lain. Perangai macam Beruk!!!

Tapi, itulah yang membezakan puak - puak Pakatan Pembangkang ni dengan Yuna Zarai. Dia sikit pun tak salahkan orang lain selain redha dengan apa yang berlaku.

Bagi diri dia, tentu ada sebab kenapa sesuatu perkara itu menimpa ke atas dirinya. Bagi Yuna, dia tak anggap apa yang berlaku tu satu tindakan khianat dan hanya kebetulan.

Kan jauh beza dengan perangai puak - puak Pakatan Pembangkang tu yang jelas akan menunding jari menuduh UMNO itu dan ini walaupun tak de bukti?

Tak malu ke diorang dengan seorang anak muda macam Yuna ni yang ternyata lebih terbuka pemikirannya daripada diri diorang sendiri?

Macam mana diorang nak jadi pemimpin kalau kerjanya asyik dok menyalahkan orang 24jam sehari? Macam mana diorang berani mendabik dada kata yang diorang tu bagus sangat? Kalau bagus menipu buat apa!!! Mengabihkan masa je!!!
 
PETALING JAYA: Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna menerima musibah dengan reda apabila keretanya dipecah masuk sehingga kerugian RM5,000 pada pagi Khamis.
Pengurus penyanyi tersebut iaitu Nor Zaina Wardah (Wawa), 26, yang dihubungi mStar Online berkata, kejadian itu bukan perbuatan khianat pihak tertentu selain menganggap ia mungkin secara kebetulan.
“Yuna reda dengan kejadian itu. Ia mungkin kebetulan dan kami tidak syak ia perbuatan khianat,” kata Wawa kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaaat.
Dalam perkembangan berkaitan Wawa berkata Yuna enggan memberi sebarang kenyataan susulan dan butiran lanjut mengenai kejadian itu demi keselamatan.
“Saya minta maaf kerana Yuna sedang sibuk dengan penggambaran pada waktu ini dan dia tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kejadian itu atas dasar keselamatan.
“Memang ramai media yang menghubungi untuk mendapatkan kenyataan tetapi Yuna agak bimbang lebih banyak maklumat mengenai kereta didedahkan, ia akan diketahui umum.
“Cuma, apa yang buat Yuna terkilan adalah kehilangan radio keretanya dan gitar milik Diandra Arjunaidi yang dipinjamnya itu,” jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.