Halaman

Sabtu, Mei 19, 2012

GERAKAN TUKAR MENGGANAS DI KELANTAN!!!


Woah!!! Tak sangka pulak ada orang yang sanggup membuat kacau bilau di Negeri Serambi Mekah tu rupanya ye. Siap mengganas tak tentu arah lagi.

Selama ini, Semut ingatkan orang yang mengganas ni hanya berani bila berhadapan dengan pihak Polis je. Maklum la, nak tunjuk bagus la katakan.

Tapi, tak boleh jugak kita nak salahkan sesiapa. Ini semua kerja puak - puak yang KONONnya pandai sangat nak jaga Negeri. Padahal, diorang ternyata GAGAL dari dulu lagi.

Akibat keGAGALan itulah, maka NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Tukar ni akan buat pendedahan mengenai perkara tersebut.

Apa pandangan Si Wali Terompah tu nak bagi pulak kali ni? Adakah dia nak kata yang Gerakan Tukar ni pun bukan rakyat Kelantan jugak? Atau dia akan buat tak tau je macam biasa? Korang fikir la sendiri!!!
TUMPAT 17 Mei - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Tukar Kerajaan Pas Demi Rakyat (Gerakan Tukar) akan mengadakan program jelajah Jejak Janji Pas di seluruh negeri bagi menerangkan kepada rakyat tentang pembohongan kerajaan Pas Kelantan sejak 22 tahun lalu.

Pengerusinya, Kamarudin Kasim berkata, program itu adalah rentetan daripada kegagalan kerajaan Pas Kelantan memberi maklum balas mengenai memorandum menuntut 22 janji kerajaan Pas yang diserahkan pertubuhan itu sebelum ini.

Menurutnya, siri jelajah tersebut akan bergerak ke seluruh pelosok negeri termasuk kawasan pedalaman dalam menjejaki janji kosong Pas itu.

Katanya, siri jelajah berkenaan akan diadakan dua kali seminggu di lokasi-lokasi pembangunan yang dijanjikan Pas seperti di tapak stadium di Bukit Merbau, Pasir Putih, tapak pelabuhan darat Kuala Krai, kawasan bandar baru Pengkalan Kubor dan banyak lagi.

"Kami akan mendedahkan kepada rakyat segala janji retorik Pas yang gagal ditunaikan sejak 22 tahun memerintah.

"Kami juga akan membongkar mengenai kegagalan kerajaan Pas selama ini yang tidak berupaya mengurus tadbir negeri dengan berkesan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Jejak Janji Pas di Tapak Batu Asas Jambatan Sultan Ismail Petra di Palekbang di sini hari ini.

Pembinaan jambatan itu merupakan salah satu janji kerajaan Pas pada 1996 yang dikatakan akan menghubungkan Palekbang-Kampung Cina, namun gagal ditunaikan sehingga sekarang.

Tapak batu asas Jambatan Sultan Ismail Petra itu kini hanya dipenuhi dengan semak samun dan menjadi tempat lembu berkeliaran.

Sementara itu, Kamarudin menambah, beliau berharap siri jelajah itu akan mampu membuka mata rakyat Kelantan agar melakukan perubahan dengan memilih kerajaan yang boleh memberi manfaat kepada mereka.

"Lakukan perubahan segera pada pilihan raya nanti. Rakyat perlu memilih kerajaan yang berpotensi membantu mereka bukannya mengkhianati mereka," katanya.

1 ulasan:

  1. aku ingat lagi jambatan Sultan Abdul Jalil di Kuala Kangsar, waktu sebelum dibina orang PAS kata kalau Rafidah Aziz berjaya bina jambatan tu dorang sanggup menari bogel atas jambatan tu, sekarang gah dah dibina pastu semua senyap....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.