Halaman

Sabtu, Mei 12, 2012

ANUWAR KECUT TENGOK LAUTAN PENYOKONG UMNO!!!


Disebabkan impak yang cukup kuat sewaktu mengadakan Perhimpunan Aman sempena Ulang Tahun UMNO ke 66 semalam, Si Ketua Penipu tu dah mula kecut.

Mana taknya. Ratusan ribu orang penyokong turun membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Disebabkan itulah, maka Si Ketua Penipu tu terpaksa mengulangi janji lama dia iaitu untuk menurunkan harga minyak. Nampak sangat dia dah tak de modal lain la tu.

Ingat orang nak percaya lagi ke dengan janji - janji kosong dia tu? Setakat cakap je boleh la!!! Buat mengabihkan air liur buat apa!!! 

Janji yang lama pun tak tertunai, apa cerita? Pun dia nak batalkan jugak ke janji - janji tu semua? Itu pun dia nak tabur janji lain ke? Dasar manusia tak sedar diri. Asyik Menipu je la kerja dia!!! Macam dah tak de kerja lain!!! Puuuih!!!
SUBANG JAYA, 11 Mei -  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi pendirian Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak sebaik sahaja berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan persekutuan kelak. 
Menurutnya, dalam masa 24 jam selepas sah menjadi kerajaan persekutuan, beliau memberi jaminan yang pengumuman harga minyak di seluruh negara diturunkan akan dibuat. 
“Bila kita (Pakatan Rakyat) angkat sumpah, Insyaallah, bagi 24 jam kita umum harga minyak di seluruh negara diturunkan,” katanya. 
Beliau berkata demikian pada Ceramah Merdeka Rakyat Pasca Bersih 3.0 di Kompleks 3K Subang malam tadi. Di dalam ucapannya, beliau menafikan yang negara akan menjadi bankrap sekiranya harga minyak diturunkan. 
“Revenue (keuntungan) minyak setiap tahun adalah sebanyak RM70-80 billion. RM80 kalau turun sikit, Umno sudah kata bankrap. Pada saya itu bukan bankrap, tapi untung menjadi sedikit. Saya janji turun (harga minyak), bukan hapus. Jadi tidak akan bankrap,” katanya. 
Menurutnya lagi, selain menurunkan harga minyak Pakatan juga memberi jaminan yang mereka akan turut menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). 
“Percaya saudara, kita menang no more (tiada lagi) akta universiti. Bukan pinda, kita batal akta tersebut,” tegas beliau.

7 ulasan:

  1. Yelah sangat 24 jam turun harga minyak....bukan ke nanti masa tu korang dok sibuk nak rebut jawatan siapa nak jadi PM dan TPM...masa tu rakyat ke mana janji ke mana....sudahlah kaki penipu...kami tak percaya cakap korang lagi!!

    BalasPadam
  2. anwar boleh lakukan,percayalah!Harga minyak akan turun 1 sen...........kih,kih,kih

    BalasPadam
  3. harga minyak akan turun 0.01 sen per liter, turun juga, he he. kalau dasar penipu tu penipu le juga. Siapa yang menguasai penyadbiran agama islam d pulau pinang la ni? Oi orang2 pas tak serik lagi ke kena tipu

    BalasPadam
  4. Saya yakin minyak akan turun, nama minyak cap kapak.

    BalasPadam
  5. Biarkanlah apa yang nak dikata... Undi kita paling penting.. tapi satu persoalan.. Mana yang nak undi? Dalam islam.. tiada caci mencaci.. semua yang ada siap caci mencaci lagi.. mcm mana? boleh jawab? yang tidak pernah mengata hanya NIK AZIZ jer.. so saya undi NIK AZIZ..

    BalasPadam
  6. Apahal DSAI nak takut dengan gelombang merah UMNO, sedangkan dengan hukum hakam halal dan haram pun DSAI tak takut..... azab Allah pun DSAI tak takut, sebab Datuk Nik Aziz dah bagi gerenti syurga kat dia....

    BalasPadam
  7. elah anwar 2 cakap jer pandai ni blm jd pm dah mula huru hara kan negara entah2 dah jd pm negara kita akan jd hancur

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.