Demokrasi dalam Pakatan Pembangkang? Ada ke? Wujud ke? Atau ianya hanya mitos dan lagenda semata - mata? Hakikatnya, itulah sebenarnya.
Pakatan Pembangkang selama hari ini tidak pernah mengamalkan demokrasi dalam parti mereka sendiri. Nak pilih pemimpin Parti pun main baling kerusi.
Itu belum cerita pasal jawatan Ketua Umum, Penasihat Parti, jawatan Setiausaha Agong, Mursyidul Am dan sebagainya. Semua tu tak dipilih melalui sistem demokrasi.
Jadi, tak heran la kalau Si Neelofa ni pun agak terkejut bila puak - puak Pakatan Pembangkang tu dabik dada mengatakan yang parti mereka mengamalkan sistem Demokrasi!!! Sebab benda tu pun tak wujud dikalangan mereka!!!
Agenda Daily - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang tidak mengamalkan prinsip demokrasi seperti yang dilaung-laungkan oleh mereka selama ini tetapi memilih untuk menuding jari kepada pihak lain.Najib, yang juga Presiden Umno berkata sikap pembangkang yang suka memperlekehkan dan menghina Umno serta menidakkan kejayaan parti itu yang telah berjasa kepada rakyat selama 66 tahun, sebenarnya menunjukkan mereka tidak mempunyai jasa kepada negara."Mereka boleh mengata, mengutuk kita macam-macam, boleh menggelarkan diri mereka lebih terbuka, demokratik tetapi Umno sebenarnya lebh demokratik daripada mereka."Ketua mereka tidak dipilih mengikut proses demokrasi, alih-alih jadi ketua umum. Cakap sikit tak boleh, tegur sikit tak boleh."Bila ada pemimpin mereka kata kalau buat demonstrasi jalanan tidak baik untuk negara, lebih elok himpun dalam stadium, jawatan dia dalam senator tidak disambung semula. Ada sikit pandangan berbeza, parti yang namanya parti demokratik, di mana demokrasi? Lepas tu, Umno dipersalahkan untuk segala-galanya," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-66 Umno, Stadium Bukit Jalil Jumaat malam.Bernama melaporkan Najib berkata tindakan untuk menyalahkan Umno itu turut membabitkan insiden salah seorang pemimpin mereka yang tidak mempedulikan langsung ibu kandungnya sendiri."Apabila seorang pemimpin mereka tidak mempedulikan langsung ibu kandungnya sendiri, Umno dipersalahkan. Hebat betul Umno sehingga dalam bilik tidur, dalam kelambu, kita boleh tentukan."Banyak persoalan lain tidak berjawab. Suruh bela diri, tidak berani bersumpah. Di mana kredibiliti pemimpin. Jangan salahkan Umno, kitalah parti yang telah berjuang untuk negara kita," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.