Halaman

Jumaat, Mei 11, 2012

MUSTAFA ALI MENGAMUK DILEMPANG DALAM MAHKAMAH!!!


SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Umno Selangor tidak terlibat dalam operasi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos tahun lepas.


Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata pihaknya juga tidak pernah menerima sebarang maklumat dalaman daripada Jais mengenai penglibatan Umno Selangor dalam serbuan itu.



Hasan, yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, turut berkata tidak ada mana-mana anggota Umno yang datang berjumpa beliau selepas serbuan dibuat.



"Sebelum, semasa dan selepas (serbuan) tidak ada orang Umno temui atau hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya tentang operasi (Jais) itu," katanya semasa menjawab soalan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Umno.



Hasan berkata demikian pada hari pertama perbicaraan kes saman RM10 juta Umno terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan tiga yang lain berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa  memfitnah parti itu.



Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, yang memfailkan saman itu pada 14 Sept tahun lepas, menamakan Mustafa; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd; penyunting akhbar berkenaan Ahmad Lutfi Othman; dan wartawan Harakah, Khairul Azlam Mohamad, sebagai defendan.



Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Zin antara lain mendakwa Mustafa, ketika ditemu ramah Khairul Azlam pada 15 Ogos 2011, telah memfitnah Umno berhubung operasi serbuan JAIS di gereja berkenaan dan kenyataan Setiausaha Agung Pas itu diterbitkan dalam sebuah artikel bertajuk 'Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi Jais' di halaman kedua akhbar Harakah bertarikh 19-21 Ogos 2011.



Kepada soalan Mohd Hafarizam bagaimana beliau mengetahui mengenai serbuan di gereja itu, Hasan berkata beliau mendapat maklumat melalui SMS ketika menghadiri mesyuarat pada keesokan harinya.



"Selepas habis mesyuarat, pegawai Jais datang ke bilik saya dan saya beritahu mereka ada kebijaksanaan untuk menjalankan tugas dengan profesional, jadi saya nasihatkan mereka supaya jalankan tugas dengan profesional," katanya.

3 ulasan:

  1. MUSTAFA ALI MENGAMUK DILEMPANG DALAM MAHKAMAH!!!

    Hmmm... Tajuk macam ikut ajaran Nik Ajis je...

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum semua!!
    Dalam keadaan Islam diperkotak-katikkan..
    Dalam Islam dipersendakan..
    Dalam Islam dipermain-mainkan..
    Dalam Umat Islam dimurtadkan..
    Kenapa Ahli-Ahli Politik Islam ni masih bersikap BAHLOL?? Masih sanggup menjadi Pak Turut Dan Kuda Tunggangan Puak Kapir Harbi?? Apakah Ahli Politik Islam ini rasakan mereka tidak akan dipersoalkan di akhirat kelak?? Bukankan lebih baik cari dan berbincang untuk mencari titik pertemuan untuk memertabatkan Keagongan Islam...dari mementingkan diri dan tembolok sendiri. Susah sangat ke untuk mencari titik pertemuan untuk kemakmurkan Islam dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum di Malaysia?? Atau Ahli Politik Islam ini merasakan dia akan hidup 1000 tahun lagi?? Biar pun berlainan idologi politik tetapi Keagongan Islam mesti diutamakan.

    BalasPadam
  3. Semut..hang ni pandai gebang jer!....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.