Ya!!! UMNO kini mengorak langkah yang lebih jauh lagi. Selain dari menjadi tunjang kepada parti Politik Negara, UMNO terus melebarkan sayapnya.
Seperti mana dakwaan puak - puak Pakatan Pembangkang, semua kisah buruk mengenai isu moral yang melanda mereka adalah disebabkan UMNO.
Kata mereka, UMNO sengaja mereka - reka cerita demi untuk memburuk - burukkan diri mereka semata - mata. Kiranya, UMNO ni macam orang yang buat filem la.
Sebab filem ni semuanya cerita rekaan belaka. Kalau ada cerita biografi pun, masih ada yang ditokok tambahnya. Jadi, sebab itu Semut kata UMNO boleh jadi syarikat filem.
Kalau betul UMNO boleh jadi syarikat filem, maka mereka boleh menandingi kegemilangan studio jalan Ampas. Malah studio Warner Bros pun kalah dengan UMNO.
Sebab apa? Sebab mereka cukup pandai memilih pelakon. Dalam filem biografi mereka, pelakon yang melakonkan sesuatu watak tu sama dengan watak asal.
Malah 99.99% sama rupanya!!! Kan hebat tu? Sebab itu watak asal kisah biografi yang dibuat oleh UMNO tampail menyatakan, itu bukan dia. Rupa macam dia, tapi bukan dia.
Terbaru, UMNO cari seorang pelakon Cina untuk memegang watak sebagai ADUN Damansara dengan tujuan mengkritik Kerajaan Negeri Selangor.
Skripnya mudah. Pelakon Cina tu hanya perlu mengeluarkan kenyataan mengatakan yang Kerajaan Pakatan Selangor memerintah selama 4 tahun macam Badut. Itu sahaja.
Sampai hari ini, tak de siapa pun dari pihak Kerajaan Badut Negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar Badut tu tampil untuk menafikannya.
Jadi, memang sah la dakwaan pelakon Cina yang jadi ADUN Damansara tu. Selama 4 tahun ni, mereka memerintah Negeri tak ubah macam ianya satu persembahan. Semua benda dibuat macam mainan je. Jaga Kebajikan Rakyat menda kejadahnya kalau macam tu!!!
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini melaporkan Wing Yin telah menulis surat kepada pemimpin partinya bagi menyatakan pandangan bahawa tempoh empat tahun kepimpinan pakatan pembangkang di Selangor dilihat dipenuhi pelbagai 'jenaka kesilapan yang melucukan.'
Beliau mendakwa, terdapat ahli majlis tempatan yang dilantik oleh parti itu tidak boleh mengangkat sumpah jawatan kerana gagal membaca atau bercakap menggunakan bahasa Melayu.
Selain itu, Wing Yin turut menyatakan bahawa prinsip cekap, akauntabiliti dan telus yang tidak sepatutnya digunakan sebagai slogan memancing pengundi pada pilihan raya harus dipraktik dan diamalkan parti itu sendiri.
Malah, ADUN itu turut menegur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan 'Ahli Parlimen berkuasa' yang dilihatnya mempunyai 'keputusan muktamad'.
Pada masa sama, terdapat ahli majlis daripada DAP yang gagal bertindak balas terhadap rungutan yang disuarakan rakyat dan tidak menghadiri mesyuarat bagi menangani pelbagai masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.