Pergh!!! Ini dah jadi satu kes yang cukup hebat. Sanggup buat apa sahaja demi untuk hidup mewah dan merasa duduk atas kerusi empuk.
Zaman sekarang ni, untuk hidup macam tu, semua orang sanggup lakukan apa sahaja. Setengah orang buat sebab kesempitan hidup. Setengah pulak sebab dia memang gila.
Tapi, bukan setakat itu je Yop. Banyak lagi benda yang sanggup dilakukan semata - mata untuk menikmati semua benda ni. Ada yang sampai bunuh membunuh pun ye jugak.
Kalau yang nak dibunuh tu orang lain, tahan lagi. Ini tidak. Yang nak dibunuh, isteri sendiri. Tak ke Gila namanya tu? Sanggup dia buat macam tu demi untuk raih simpati?
Fuh!!! Memang sah la dunia sekarang ni dah jadi GILA. Tapi GILA dibuat dek orang yang sememangnya GILA. Itu pasal la diorang sanggup buat apa saja.
Jadi, jangan heran la kalau cerita ini benar - benar berlaku tak lama lagi. Sebab sebelum ni pun, drama seumpama ini kita dah pernah dengar dulu. Kata ada orang nak bunuh dia, tapi pegi lari ke Kedutaan Turki. Tak ke BANGANG namanya tu!!!
"Kepada rakyat Malaysia, berhati-hati. Teman mendapat maklumat dari sumber dalaman PKR sendiri bahawa mereka merancang membuat satu videoklip palsu ataupun mengubahsuai video klip Eskay sehingga menimbulkan keraguan; dan video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat disegala pelosok negara.
Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat lapuran polis mendakwa UMNO, BN dan Kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar videoklip itu.
Setelah rakyat nanti terpengaruh dengan video palsu itu, mereka akan bawak cerita konon jelas dari video palsu itu bukan Anwar Ibrahim. Dan rakyat akan terpengaruh dan percaya sebab mereka sudah menerima video palsu itu.
Teman nasihatkan pihak berkuasa dan Kerajaan supaya mengambil tindakan pre-emptif. Jangan tunggu nasik jadi bubur; jangan sampai rakyat terpengaruh saperti cerita 'gambar si-mata lebam'!!!
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam dan wassalam.
Zulkifli Bin NoordinJumaat
Ps: Kepada sesiapa yang tak faham cerita diatas, sila la rujuk cerita - cerita yang terdahulu. Cerita brek kereta, cerita ancaman bunuh dan sebagainya. Selamat Hari Jumaat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.