Halaman

Isnin, Jun 11, 2012

KEBENARAN AKHIRNYA TERSERLAH!!!


Sudah lebih 24jam menanti keputusan mengenai perkembangan terkini yang berlaku di Sabah, akhirnya Kebenaran sudah terserlah.

Desas desus mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa Datuk Seri Lajim Ukin akan keluar parti dan sertai PKR sudah terjawab. Dan jawapannya adalah TIDAK!!!
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin hari ini menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai barisan pembangkang di Sabah.
Kenyataan itu dinyatakan sendiri oleh Datuk Seri Lajim ketika ditemui oleh pemberita hari ini di lobi Parlimen.

Jelas beliau, khabar angin itu hanya salah satu taktik yang direkayaksa oleh Pakatan Pembangkang yang gentar melihat kedudukan beliau di Sabah.

Ianya direka untuk memburuk - burukkan imej dia di kalangan rakyat Sabah agar mereka hilang kepercayaan terhadap dirinya.

Isu berkaitan dengan khabar angin itu hanya rentetan yang dilakukan sebelum ini dimana dia ada berjumpa dengan beberapa rakan bagi membincangkan masalah rakyat.

Bagi beliau, perkara seperti itu amat penting untuk beliau mengetahui masalah rakyat dan dapat menambah baik khidmatnya kepada rakyat dimasa akan datang.
"Rakyat meletakkan harapan yang besar kepada kerajaan negeri dan persekutuan dalam menangani apa juga masalah dihadapi mereka, contohnya di peringkat saya seperti masalah air dan banjir yang tidak sudah-sudah dialami rakyat, ini semua saya suarakan demi rakyat," katanya.
Namun beliau kesal dengan tindakan Pembangkang yang mengubah cerita itu demi untuk meraih kepentingan mereka sendiri.

Jelas, tindakan pihak Pembangkang yang menjadikan isu itu sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat dilihat sebagai satu tindakan terdesak.

Nampak sangat yang diorang ni memang sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan dan menarik perhatian pengundi. 

Nak pulak selepas 80 orang pemimpin mereka sendiri yang keluar parti!!! Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah nama pun Penipu rakyat. Apa lagi yang diorang tau buat!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.